in ,

Berat Hati Tinggalkan Anak, Fazura Dikatakan Alami ‘Separation Anxiety’?

Luahan hati Fazura di ruangan Instagram miliknya meraih perhatian ramai terutamanya daripada golongan ibu yang rata-ratanya pernah mengalami pengalaman yang sama lebih-lebih lagi buat pertama kalinya memiliki anak.

SEKUAT mana pun seorang ibu bekerja, namun di dalam hatinya pasti tetap memikirkan anak yang ditinggalkan di rumah. Begitulah yang sedang dialami oleh pelakon Nur Fazura saat kakinya melangkah keluar dari pintu rumahnya meskipun hanya untuk beberapa jam, kerinduan terhadap Nur Fatima Aisya pasti akan datang menjelma.

Setelah sekian lama berehat dari bidang lakonan selepas bersalin, kini aktres wanita yang cantik dan berbakat, Fazura kembali membuka sayapnya dalam industri seni.

Kehadiran Fatima Aisyah dalam hidupnya benar-benar memberi kesan buat pelakon filem Manisnya Cinta di Cappadocia itu apabila dia menyatakan berat rasa ingin berjauhan dengan puteri comelnya memandangkan selepas ini dia akan kembali semula ke set penggambaran.

“Saya selalu ditanya sama ada saya berasa rindu untuk berada di set, jawapannya sentiasa ya. Orang yang kenal saya, mereka tahu betapa saya suka bekerja dan menjadi seorang pelakon adalah minat nombor satu saya. 

“Tetapi sekarang saya sudah bergelar ibu, rasa berat nak tinggalkan anak berjam-jam sehari. Macam mana saya nak atasi perkara ini? Perlukan nasihat daripada ibu-ibu yang rajin bekerja di luar sana,” demikianlah soal pelakon Nur Fazura di laman Instagram. 

Fazura

Isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut merasai perkara yang sama seperti ibu-ibu yang lain yang baru menimang cahaya mata sulung apabila berasa berat hati untuk meninggalkan anak walaupun sekejap. 

Dalam entri yang dimuat naik, Fazura berkata meskipun dia seorang wanita bekerjaya namun sejak bergelar ibu, berat untuk meninggalkan anaknya, Nur Fatima Aisya meskipun hanya untuk beberapa jam di rumah. 

Ribuan komen yang membanjiri perkongsian Fazura, terdapat salah satu komen daripada seorang penyanyi iaitu Liza Hanim apabila dia menyatakan bahawa Fazura mengalami ‘Separation Anxiety’ iaitu kesukaran untuk berrenggang dengan anak.

Fazura

Di samping itu, Fazura juga menerima beberapa pandangan daripada mereka yang berpengalaman yang menyatakan bahawa itu adalah perkara normal akan berlaku tetapi lama kelamaan ianya sudah menjadi perkara yang biasa.

Pernah melalui pengalaman yang sama, Liza memberi nasihat kepada Fazura supaya menggunakan masa sekarang untuk mencari penjaga yang terbaik dan dipercayai. 

Berat Hati Tinggalkan Anak, Fazura Dikatakan Alami 'Separation Anxiety'?

“Sebagai ibu kepada lima orang anak, ini dikatakan separation anxiety, dan ia perkara biasa. Hari pertama saya bekerja selepas tiga bulan berpantang, saya menangis! Masa anak kelima tau. 

“Tapi awak akan biasakan diri sebab kita bekerja untuk anak-anak juga. Gunakan waktu awak sekarang untuk mencari penjaga yang terbaik dan boleh dipercayai. 

“Beberapa bulan pertama, saya upah penjaga… jadi, baby saya boleh ikut saya ke lokasi sebab menyusu badan kan… tapi sekarang tempat paling selamat adalah rumah… harap ini dapat membantu awak,” komen Liza. 

Fazura

Berbalas komen tersebut, pelakon drama ‘Hero Seorang Cinderella’ ini memberitahu dia tetap berasa gementar untuk kembali ke set penggambaran biarpun anaknya kini sudah berusia empat bulan. 

Berat Hati Tinggalkan Anak, Fazura Dikatakan Alami 'Separation Anxiety'?

Bagaimanapun, aktres berusia 38 tahun ini berharap diberikan kekuatan dan dapat bekerja dalam masa yang sama meluangkan masa dengan anak perempuannya. 

Berat Hati Tinggalkan Anak, Fazura Dikatakan Alami 'Separation Anxiety'?

“Faz kalau baru melangkah keluar pintu dah rindu anak. Lepas itu, tengok video dia macam berhari tak jumpa padahal baru dua jam. Sekarang pun Fatima dah empat bulan dan kalau nak shoot tu pun selepas raya. 

“Tapi, tetap gementar! Insya-Allah… semoga ada kekuatan dan berharap kita dapat bekerja dalam waktu bersama dia juga. Terima kasih sis,” ujar Fazura. 

Fazura

Untuk makluman, Fazura mendirikan rumah tangga dengan Fattah pada November 2017 dan mereka dikurniakan cahaya mata pertama yang diberi nama Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober tahun lalu. 

Fazura

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ben Ladin | 23

Ben Ladin Tak Kisah Dilabel ‘Sendu’ oleh Netizen, Ini Antara Sebabnya

Omar Hana | 24

Saluran Youtube Bahasa Arab OMAR & HANA Cecah Lebih 100,000 Langganan