in ,

Salman Khan Derma RM5.2 Juta Kepada 19,000 Kru Industri Bollywood

Memandangkan kerajaan India melaksanakan sekatan pergerakan (lockdown) akibat pandemik COVID-19, aktor popular Salman Khan mengambil inisiatif dengan menyalurkan sebahagian daripada wangnya kepada 19,000 orang pekerja industri hiburan Bollywood.

Menurut Times of India, seramai 3,000 pekerja telah memperoleh wang bernilai 3,000 Rupee India (RM170) setiap seorang dan berbaki lagi 16,000 orang.

“Kami telah memberikan senarai akhir 23,000 pekerja setakat ini, yang amat memerlukan bantuan kewangan, dia akan memindahkan wang secara ansuran kerana dia tidak mahu orang menyalahgunakannya.

“Dia telah memindahkan sejumlah wang itu kepada semua kru yang terjejas sejak Selasa dan dia akan memindahkan wang lagi selepas beberapa waktu. Kami berterima kasih kepadanya kerana membantu pekerja kami,”

– Presiden Kesatuan India Cine (FWICE), Tiwari

Salman telah meminta maklumat 25,000 pekerja dan sebanyak 19,000 data telah diperoleh. Semua akan mendapat wang seperti yang dijanjikan tidak lama lagi,”

wakil Kesatuan Pekerja India Cine, Ashok Dubey

Malah, sebilangan pekerja industri yang mempunyai kewangan stabil dan meminta sumbangan itu diberikan kepada individu yang memerlukan.

Jika dihitung jumlah keseluruhan, pelakon dan juga pengarah Bollywood itu menyalurkan lebih RM5.4 juta kepada pekerja industri Bollywood yang terjejas.

Menurut sumber, Salman Khan juga akan terus menyalurkan bantuan kewangan itu sehingga keadaan negara kembali normal seperti sedia kala.

Presiden FWICE berkata Yash Raj Films juga menyalurkan bantuan kewangan sebanyak 5,000 Rupee India (RM284) kepada kira-kira 3,000 pekerja.

Selain Salman, ramai di antara mereka yang berada di industri Bollywood tampil menghulurkan bantuan kepada kru industri berkenaan termasuklah Ajay Devgn, Rohit Shetty, Arjun Kapoor dan Amitabh Bachchan.

Kata Tiwari, FWICE sedang dalam proses membuat senarai lagi pekerja yang memerlukan dan kemduian akan memulakan proses pemindahan wang.

Sumber: India Today

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Terkesan dari Covid-19, Hati Sharifah Shahirah Dijentik Untuk Berhijab

Rynn Lim Cipta Lagu WIRA HATIKU Tribute Buat Frontliner Tentangi Covid-19