in ,

Salammusik Lancar Seni Digital ‘SEDIA’ Sebagai ‘Non-Fungible Token’

Salammusik melancarkan seni digital ‘SEDIA’ sebagai ‘Non-Fungible Token (NFT)’ untuk pasaran OpenSea.

NFT adalah sesuatu yang unik, ia merupakan antara salah satu ‘Digital token’ yang dihasilkan melalui ‘Blockchain’. NFT menawarkan ruang yang baru untuk seniman berkarya. Dalam masa yang sama pembeli boleh membuktikan hak milik tokennya melalui ‘Blockchain’ yang terpelihara dan tidak berubah.

Seni yang terpilih untuk pengeluaran pertama ini adalah lakaran visual dari lagu ‘Sedia’ yang merupakan lagu pembuka buat album RIWAYAT.

Lagu ini menceritakan sejarah Malaysia di zaman penjajahan dan pemikiran rakyat sewaktu dijajah.

Salammusik Lancar Seni Digital 'SEDIA' Sebagai 'Non-Fungible Token'

“Penghasilan sesuatu kerja seni itu membawa kombinasi baru melalui elemen-elemen seperti bunyi-bunyian di dalam muzik, kesasteraan bahasa, lukisan kanvas dan lain-lain.” Salam menerangkan.

“Elemen ini sudah terlebih dahulu wujud tetapi bukanlah didalam kombinasi yang sama. Penghasilan ini merupakan satu pembentukan semula elemen-elemen yang sudah ada.”

– Salammusik

Seperti mana yang diketahui tentang kerja-kerja Salam di lapangan muzik, Salam juga merupakan artis yang menghasilkan kerja-kerja visual untuk kumpulan Salammusik dibawah nama Lannusa.

Selepas selesai menamatkan pengajian Sound and Music Design di Limkokwing University, Salam melanjutkan pengajiannya di Rietveld Academy, sebuah universiti antarabangsa terapan sains dalam seni halus dan reka bentuk di Amsterdam, Belanda.

“Saya sangat bersyukur dengan respon positive terhadap muzik dan seni visual kami. Kami berharap semoga pelancaran seni ‘NFT’ pertama ini turut diterima.”

– Salammusik

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

WIFI SEBELAH RUMAH, SEMANIS SENYUMANMU & TAHYUL Hiasi Slot Akasia & Samarinda TV3

Cerita KELENTANG-KELENTONG Hael Husaini Bukan Sekadar Tin Kosong