Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in ,

Salam Takziah, Ibu Radin ERA Meninggal Dunia

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ibu kepada penyampai radio Era, Radin. Semoga tabah mengharungi dugaan atas kehilangan ini.

Ibu kepada penyampai radio ERA Radin Amir Effendi, Feridah Hashim telah meninggal dunia pada jam 9.25 pagi tadi di kediamannya di Ipoh, Perak. Perkhabaran duka itu disiarkan di Instagram Radin Era.

Wakil dari ERA juga ada mengumumkan di laman Facebook dan IG Era FM

“Salam semua… takziah buat Radin ERA dan keluarga….. Ibu radin baru je meninggal dunia.. semoga arwah tergolong dikalangan orang yang beriman.. Alfatihah,” ujarnya.

Jenazah ibunya akan dikebumikan selepas waktu Asar di tanah perkuburan Islam Taman Meru, Ipoh, Perak.

Difahamkan ibu Radin yang kini berusia 67 tahun sudah lama menderita penyakit paru-paru berair dan bergantung pada tong oksigen.

Kami di Budiey Channel mengucapkan salam takziah buat Radin sekeluarga dan semoga roh arwah ibu ditempat dalam kalangan orang-orang beriman.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version