in ,

Salam Takziah! Bapa Pelakon Zalif Sidek Meninggal Dunia

Salam takziah buat seisi keluarga pelakon Zalif Sidek yang memaklumkan bapanya, Wan Abu Bakar Sidek telah pergi mengadap Illahi kira-kira jam 7.10 malam, pada Isnin.

Khabar duka tersebut terdahulu dikongsikan pengarah filem, Hashim Rejab di laman sosial Facebook (FB) miliknya.

“Assalamualaikum. Baru menerima perkhabaran bapa kepada Zalif Sidek baru meninggal dunia. Al- fatihah,” tulisnya ringkas.

Sementara itu, Zalif atau nama sebenarnya, Md Zalif Naquiyudin turut berkongsi di Instagram yang terpapar perkataan Al-fatihah.

“Papa #keneKuat bersama emoji sedih,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Lewat malam tadi, Zalif memberitahu urusan pengebumian jenazah Allahyarham bapanya akan dijalankan kira-kira jam 10.00 pagi ini.

ZALIF SIDEK

“Assalamualaikum. Al Fatihah (dibaca) jenazah arwah ayah saya berada di rumah. Urusan pengebumian akan dijalankan pukul 10 pagi di kediaman rumah saya di Bangi Avenue.

“Dengan keadaan sekarang dan juga SOP, tidak digalakkan melawat cuma mohon untuk solat jenazah ghaib dan sedekahkan Al Fatihah buat arwah Wan Abu Bakar Sidek bin Wan Abdullah,” tulisnya.

Serentak dengan perkongsian tersebut, rakan artis dan pengikut turut sama merakamkan ucapan takziah dan mendoakan agar Zalif sekeluarga tabah dalam menempuh menempuhi dugaan.

Terdahulu pada pagi Isnin, Zalif memaklumkan bapanya dikerjakan ke Unit Kecemasan, Institut Kanser Negara Putrajaya, selepas mengalami sesak nafas.

Tambah pelakon Filem Papa I Love You ini lagi, arwah bapanya sudah setahun disahkan menghidap kanser paru-paru.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Chubb-E & Amir Masdi, Berekperimen Gabung Muzik Hip Hop & Balada Rock dalam BIRU MALAM

Kecoh Video Wanita Hamil 7 Bulan Jatuh Ketika Tunggang Kuda, Ini Penjelasan dari Cik Puan Azila