in , , ,

Chubb-E & Amir Masdi, Berekperimen Gabung Muzik Hip Hop & Balada Rock dalam BIRU MALAM

Nama penyanyi dan rapper, Chubb-E mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet selepas memenangi kategori Artis Baharu Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular BH tahun lalu.

Tanpa mahu membiarkan dirinya terus dibuli dengan komen dan kritikan yang dilemparkan di media sosial, Chubb-E, 22, atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn AG Ashrul Affandy menjelaskan kemenangannya adalah hasil usaha dan kerja keras peminat yang mengundi.

Menyifatkan perkara itu seperti serangan yang tidak akan berkesudahan, Chubb-E mengambil pendekatan untuk membiarkan perkara itu sehingga akhirnya suara-suara itu berhenti dengan sendirinya.

Tidak mahu menoleh ke belakang, Chubb-E membuka tahun baharu 2021 ini dengan melancarkan single duet bersama penyanyi bersuara hebat, Amir Masdi menerusi lagu Biru Malam.

Menariknya, lagu terbitan syarikat rakaman Future Music Entertainment itu adalah ciptaan sepenuhnya Chubb-E yang menggabungkan eleman Hip Hop dan Balada Rock.

Chubb-E & Amir Masdi, Berekperimen Gabung Muzik Hip Hop & Balada Rock dalam BIRU MALAM
Chubb-E

Menurut Chubb-E, lagu itu adalah ekperimen dalam kerjaya seninya terutama dalam bidang penciptaan lagu selain mengetengahkan gabungan muzik yang tidak pernah dihasilkan sebelum ini.

“Lagu ini adalah ciptaan saya sepenuhnya yang diisiapkan pertengahan September tahun lalu. Lagu ini bercerita mengenai mengenali diri. Kita sebagai manusia kadang tanpa sedar, apa dibuat di dunia ini, sebenarnya ada perkara yang kita tak nak buat pun, tapi kita buat semata-mata untuk mengambil dan menjaga hati orang lain.

“Disebabkan itu saya memilih tajuk Biru Malam yang mana mengenal diri pada waktu malam. Kita manusia kena ada masa untuk mengenal dan mencari diri semula. Tengok apa yang dibuat, apa yang patut dan tak patut kita buat. Kalau boleh lakukan sesuatu perkara itu bukan untuk puaskan hati orang itu, tapi untuk gembirakan diri sendiri. Sayangi diri sendiri dulu barulah fikir orang lain,”

– Chubb-E

Mengenai kerjasama dengan Amir Masdi, Chubb-E berkata, finalis Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL 35) itu adalah pilihan kedua bagi menggantikan penyanyi asal lagu berkenaan.

“Sejujurnya, lagu ini sudah dirakamkan oleh penyanyi lain. Memang niat saya buat lagu ini untuk mereka sebab mereka minta lagu daripada saya. Malah, ketika menghasilkan lagu ini saya berada dalam fasa sedang mengenali diri. Jadi, ilham lagu ini ikhlas dari hati.

“Namun, disebabkan ada beberapa isu yang timbul, jadi saya terfikir untuk menyanyikan sendiri lagu ini. Apabila saya nyanyi, saya boleh buat lebih lagi. Kebetulan saya memang merancang satu projek khas dengan Amir. Disebabkan itu, saya menawarkannya untuk berduet dalam lagu ini.

“Saya anggap apa yang terjadi ada hikmah termasuk pemilihan Amir. Pendek kata Amir adalah pilihan tepat. Sudah lama nak mencari ilham lagu baru bersama Amir, tapi tidak ada idea. Kiranya, lagu ini adalah rezeki kami berdua untuk berkolaborasi. Apatah lagi ini juga projek eksperimental daripada saya yang mana memang sudah lama nak buat genre Hip Hop dan Balada Rock,”

– Chubb-E
Chubb-E & Amir Masdi, Berekperimen Gabung Muzik Hip Hop & Balada Rock dalam BIRU MALAM
Amir Masdi

Sementara itu, Amir Masdi, 25, atau nama sebenarnya Amir Syazwan Masdi berkata, dia terlebih dahulu sudah mendengar lagu Biru Malam malah mengetahui ia bakal dinyanyikan penyanyi lain.

“Ketika itu saya memang tahu ini projek khas Chubb-E dan akan dinyanyikan oleh penyanyi lain. Cuma, perancangan untuk kami berduet sudah lama, tapi belum ada lagu sesuai. Kali pertama saya dengar lagu, saya terus cakap sedap. Saya tanya, kenapa tak nyanyikan sendiri. Dalam masa sama, saya ada bergurau kenapa kami tidak berduet saja untuk lagu ini.

“Saya tidak serius pun sebab sudah tahu ia memang dihasilkan untuk penyanyi lain. Malah, ketika proses rakaman dibuat, kebetulan saya ada di studio. Saya dengar dan hayati lagu ini. Diakui memang sedap. Itu sebab apabila dapat tawaran lagu ini, saya terus cakap ‘on’ sebab sudah tahu melodi dan lirik.

“Jadi, kami terus tetapkan tarikh rakaman dan buat sedikit perbincangan dari segi gubahan muzik. Sebab nak tambah bunyi dan instrument lain supaya lagu ini lebih menarik untuk didengar,”

– Chubb-E

Menurut Amir, dia perlu menyeimbangkan cara nyanyiannya memandangkan lagu Biru Malam bergenre Hip Hop dan diterapkan elemen Balada Rock.

“Lagu ini lebih kepada eleman Hip Hop, tapi bukan macam lagu lain yang banyak unsur rap. Lagu ini lebih banyak menyanyi, tapi masih dlm genre itu. Apabila saya ada dalam lagu ini, saya tambah elemen nyanyian dan rock, sebab saya memang genre muzik itu.

“Bukan mudah bagi saya. Malah, untuk bahagian saya agak lama juga proses rakaman dibuat. Mungkin sebab ini kali pertama menyanyikan genre sebegini. Dalam masa sama nak kena kelalkan muzik rock saya, tapi tidak boleh berbunyi kasar. Jadi, agak susah untuk saya.

“Pada mulanya fikir senang, tapi apabila proses rakaman bermula memang susah. Lagi satu, lenggok nyanyian genre Hip Hop adalah berbeza. Disebabkan itu, saya kena seimbangkan cara nyanyian saya,”

– Chubb-E

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

“Ada Ke Mana-Mana Surah Al-Quran Kata Baju Kurung Hanya Boleh Dipakai Oleh Wanita?” – Sajat

Salam Takziah! Bapa Pelakon Zalif Sidek Meninggal Dunia