in , ,

“Sajat Mengaku Tak Sempurna, Tapi Ramai Hentam & Menghina,” – Harith Iskander

Dikecam teruk oleh netizen susulan temubual bersama Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, pelawak Harith Iskander menegaskan dia tidak menyebelahi mana-mana pihak berhubung isu berkaitan Sajat.

Menerusi satu entri di Facebook, Harith turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menghentam Sajat sebaliknya dengar penjelasan daripadanya terlebih dahulu. Ujarnya, ramai yang bertindak menghentam seolah merasakan diri mereka sempurna.

“Pada akhirnya kita tidak kenal seseorang itu sehingga kita dengar sendiri daripada mereka. Seperti yang saya cakap pada malam tadi (kelmarin), Sajat hanyalah seorang manusia.

“Dia juga mengaku tidak sempurna tetapi ramai yang menghentam dan menghinanya dalam media sosial seolah-olah merasakan diri mereka lebih sempurna,” katanya.

– Harith Iskander

Menurut Harith, segmen bual bicara What Going On Malaysia adalah untuk memberi peluang kepada mana-mana individu untuk menyuarakan pendapat mereka tentang apa sahaja isu.

“Saya di sini bukan untuk menyebelahi atau menghukum Sajat dan orang lain. Rancangan ini ialah platform peribadi saya untuk berbicara dan mendengar pandangan mereka.

“Anda tidak perlu percaya atau suka dengan setiap perkara yang dia ceritakan tetapi sekurang-kurangnya kita mendengar daripada mulutnya sendiri.

“Janganlah kita memburukkan lagi keadaan dengan menghentam dan menjadi individu ‘buat-buat tahu’ dalam apa sahaja isu,”

– Harith Iskander

Terdahulu, menerusi bual bicara itu, Sajat mengakui dirinya seorang transgender. Sajat memaklumkan dia berada di Australia sejak 18 Oktober lalu dan nekad untuk memulakan kehidupan baru di sana sebagai ‘transwoman’.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dr Hafiz Zainal Tonjol Bakat Tulis Lirik Dalam Lagu TAK KIRA

macOS Monterey Sedia Untuk Dikemas Kini Bermula Hari Ini