in , ,

macOS Monterey Sedia Untuk Dikemas Kini Bermula Hari Ini

Pada hari ini Apple telah melancarkan secara rasmi macOS Monterey kepada semua pengguna merangkumi Mac berasaskan cip Intel mahupun Apple silicon.

Pengguna Mac kini berpeluang menikmati pelbagai ciri baharu yang disertakan menerusi kemas kini terbaharu ini.

Antara perkara menarik yang ditawarkan pada macOS Monterey adalah aplikasi Shortcut yang boleh meningkatkan produktiviti harian pengguna, kemampuan memaparkan konten di iPhone atau iPad pada skrin Mac menerusi ciri AirPlay serta penambah baikan pada laman pelayar web Safari untuk pengalaman pelayaran yang menarik dan sebagainya.

macOS Monterey Sedia Untuk Dikemas Kini Bermula Hari Ini

Bagi pengguna Mac, anda sudah boleh memuat turun fail kemas kini yang bersaiz sekitar 12GB pada hari ini dan sudah boleh menikmati pelbagai ciri baharu yang hadir sekali bersama macOS Monterey. Anda boleh menyemak terlebih dahulu sama ada model Mac anda menyokong kemas kini ini atau sebaliknya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Harith Iskander

“Sajat Mengaku Tak Sempurna, Tapi Ramai Hentam & Menghina,” – Harith Iskander

Peraduan Jom Menonton Filem VENOM LET THERE BE CARNAGE