Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Sah! Tiada Pengecas Disertakan Dalam Kotak Pembelian Samsung Galaxy S21

Bermula dari Apple berjangkit kepada Xiaomi, Samsung pula dikatakan bakal menjadi mangsa seterusnya ketiadaan pengecas disertakan dalam kotak.

Menerusi imej pemasaran Samsung S21 yang dimuat naik oleh WinFuture, ia mengesahkan teka-teki pengguna selama ini bahawa tiada pengecas yang akan diterima di dalam kotak.

Melihatkan kepada kotak yang nipis tersebut, ia menyatakan hanya akan ada buku manual, kabel USB-C, dan juga pin pencucuk untuk SIM.

Samsung sebelum ini pernah mengejek Apple kerana tidak menyertakan pengecas pada iPhone 12 mereka. Namun tidak lama kemudian memadam iklan tersebut secara tiba-tiba tanpa penjelasan.

Walaupun berita ini belum rasmi lagi memandangkan pengenalan S21 hanya akan berlaku pada 14 Januari, WinFuture mempunyai rekod dan reputasi bagus sebagai pelapor ura-ura. Tambahan pula beliau turut memuat naik poster pemasaran Galaxy S21 dan imej kotak nipis ini adalah sebahagian darinya.

Walaupun sebab rasmi pembuangan pengecas ini tidak diketahui pengguna, sudah tentu pihak Samsung menyatakan ia adalah untuk menjaga persekitaran sebagaimana Apple dan juga Xiaomi.

Selain Samsung dan Xiaomi, vivo dan OnePlus turut mengejek Apple kerana membuang pengecas. Mari kita lihat adakah mereka turut tidak menyertakannya juga.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version