in ,

SAH! Shahz Jaszle Ditangkap Khalwat

[dropcap]D[/dropcap]alam pada ramai yang meneka siapakah pelakon terkenal yang ditangkap basah semalam, pada pagi ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah mengesahkan bahawa pelakon Shahz Jaszle adalah individu yang telah ditahan atas kesalahan berkhalwat bersama dengan seorang wanita (bukan tunang beliau) pada pagi Khamis tanggal 16 Mei 2013.

SAH! Shah Jaszle Ditangkap Khalwat

Di laman sosial sekarang ini, nama Shahz Jaszle atau kini mahu dikenali dengan nama Shahrizal Jaszle itu menjadi trending berikutan ramai yang bercakap tentang kes ini.

Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan JAIS, Shah Jaszle atau nama sebenarnya, Mohd Shahrizal Jaszle Bin Jasmi, 25, telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan JAIS pada jam 3.30 pagi bertempat di Apartment Taman Sri Subang. Penahanan Shah Jaszle adalah berdasarkan Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.

Penangkapan Shah Jaszle adalah berdasarkan aduan pihak awam kepada Bahagian Penguatkuasaan JAIS. Jika disabitkan bersalah boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Shah Jaszle mula dikenali dengan lakonannya dalam beberapa buah drama dan filem Azura 2012 bersama pelakon Neelofa. Dia kemudiannya bertunang dengan gadis pilihannya, Redzwani Puteri pada Disember tahun lalu.

Apa-apa pun, kita sebagai manusia biasa tak boleh cepat untuk memberikan tanggapan yang bukan-bukan, pastinya Shahz Jaszle sendiri ada alasan. Selepas ini, pelakon ini pasti akan jawab segala soalan. Berani buat berani tanggung. Hidup serba berkemungkinan. Mungkin juga beliau dianiayai, kita tak tahu. Teringat pula kisah Norman Hakim & Memey Suhaiza beberapa tahun sudah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Betul tak?

Budiey bersimpati dengan tunang Shahz Jaszle yang sanggup datang untuk jamin dan terpalit sekali ialah keluarga yang menanggung malu bila berlaku perkara buruk macam nih. Macamanalah perasaan tunang Shahz masa ni kan? Budiey pernah bertemu dengan pasangan ini masa event TV3 hari tu, dua-dua memamg baik. Sungguh sweet je.

Semoga kes ini dijadikan pengajaran yang berguna kepada kita semua.

Pelakon Sharizal Jaszle Sah Bertunang Dengan Redzwani Puteri

Gambar Shahz Jaszle bersama tunangnya, Redzwani Puteri

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip Siapa Pelakon Popular Ditangkap Khalwat

The 10th Olympic Day Run Dataran Merdeka 23 Jun