in , ,

Safiey Illias Terima Kecaman Netizen, Anggap Satu Ujian

Usahawan kosmetik terkenal, Safiey Illias menganggap kecaman dan cacian yang diterima daripada segelintir netizen itu adalah ujian buat dirinya.

Menurut Safiey atau nama sebenarnya Mohd Safiuddin Illias, dia menerima dengan hati terbuka di samping berfikiran positif.

“Walau pipi saya bernanah sebab infeksi, tapi kenapa saya muat naik dan kongsi? Kenapa tak diam dan sorok?

“Supaya korang gelakkan dan hentam kaw-kaw. Ratu anggap ujian tanda Allah sayang.

“Orang memang suka bila kita ni susah, jatuh, down dan sedih. Memang perangai orang kita camtu. 

“Sebab ratu pun suka gelakkan orang hahaha. Jadi adil lah.

“Ratu positifkan diri. Ratu jadikan ujian itu sebagai pemasaran yang Allah bagi secara tiba-tiba tanpa dirancang.

“Benda dah berlaku orang cakap, apa kita boleh buat untuk undur. Terima dengan hati terbuka dan ambik hikmahnya,” tulisnya menerusi sebuah entri di Instagram (IG).

– Safiey Illias
Safiey Illias

Tambah pelantun lagu Syinta Gila, dia menyifatkan insiden bahagian pipinya bernanah disebabkan rawatan estetik daripada individu tidak bertauliah itu sebagai pengajaran. 

“Bagi ratu ni ujian, jadi mungkin Allah nak tegur. Sekaligus beri informasi dekat orang ramai agar berhati hati dengan servis estetik oleh bukan doktor.

“Tu la hikmahnya. Tapi ramai orang bila kena ujian sedih, down dan stress. Jadi relaks ja. Ambik hikmah. 

“Tukar terus emosi negatif jadi positif!! Hujung-hujung @glasskinz.co membantu ratu merawat luka nanah ni dan tak ada parut.

“Jadi sekarang ni ratu pulak nak ketawakan korang yang gelabah beruk haritu kutuk macam-macam.

“Positif! Positif! Kalau tak positif, gembira, ceria, macam mana nak menjala rezeki? Macam mana nak tarik rezeki? 

“Sebenarnya bukan saya sorang diuji, korang pun diuji untuk tahan mulut daripada bercakap bukan-bukan. Haha. 1 jari tunding dekat orang, 9 jari tambah 10 jari kaki, jumlah 19 jari tunding dekat kita balik.

“Yang baik jadikan tauladan, yang kurang kita sama-sama jadikan sempadan. Maaf daripada ratu andai diriku terluka. Gitu,” tulisnya lagi.

– Safiey Illias

Sebelum ini, Safiey mendedahkan bahagian pipinya mula bernanah selepas mendapatkan rawatan estetik daripada individu tidak bertauliah.

Perbuatan Safiey yang sering berkongsi pembedahan dilakukan pada anggota badannya kepada umum itu telah menarik perhatian PU Syed Bakri Al-Yahya dan PU Amin.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Search Terus Berjuang Walau Sukar Cari Pengganti Amy

Ziana Zain Tak Mahu Dilabel Tangkap Muat, Akui Sukar Cari Lagu Bermutu