in , ,

Safawi Rasid Dituduh Ambil Kesempatan, Keluar Produk Hand Sanitizer

Pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid kini mengeluarkan produk jenamanya sendiri yang berasaskan cecair basmi kuman iaitu hand sanitizer.

Perkara tersebut dilakukan Safawi susulan barangan tersebut dilihat semakin berkurangan di pasaran akibat penularan koronoavirus (COVID-19) yang semakin membimbangkan di negara ini. Walaupun ada beberapa netizen yang menuduh beliau sebagai mengambil kesempatan, namun tidak mematahkan semangat Safawi. Sekurang-kurangnya beliau membantu dalam mengurangkan jangkitan wabak yang merbahaya ini. Jangan ambil remeh sangat ya.

Saya dah keluarkan produk saya sendiri ‘hand sanitizer’, jenama saya sendiri. Saya buat ini sebab saya tengok sanitizer di pasaran sudah kurang.

“Jadi saya harap apa yang saya buat ini dapat mengurangkan lagi jangkitan di Malaysia dan harap benda ni tak berleluasa di mana-mana.

Tapi korang pun kena tolong diri korang sendiri dan orang tersayang supaya jangan ke mana-mana dan duduk saja di rumah,”

– Safawi

Dalam masa sama, penyerang Skuad Kebangsaan berusia 23 tahun itu juga amat menitiberatkan penjagaan kesihatan, kerana baginya dia merupakan seorang atlet yang sering melakukan latihan dan aktiviti senaman. 

Semakin hari kes dicatatkan semakin tinggi di Malaysia,wabak Covid19 ni sangat bahaya kalau kita x bendung dengan cara membersihkan diri dan sanitize tangan selalu bila bersentuhan mungkin risiko dijangkiti ada.

Saya sebagai Athlete sangat mengutamakan kesihatan kerana latihan diwajibkan setiap hari dan terdedah kecuali restricted movement ni sehingga 31 March..

LIFECARE HAND SANITIZER ni saya keluarkan demi memastikan kita semua dalam keadaan bebas kuman dan virus,”

– Safawi
Foto : Instagram Safawi Rasid

Anda kenali Safawi Rasid? Muhammad Safawi Hamdi Noor bin Rasid atau lebih dikenali Safawi Rasid adalah merupakan pemain bolasepak profesional Malaysia. Safawi Rasid bermain bersama kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT). Pada permulaan kariernya, Safawi beraksi bersama dengan pasukan T-Team hanya satu musim sahaja sebelum berhijrah ke JDT pada tahun 2017.

Kini, pemain muda ini makin dikenali dalam kalangan rakyat Malaysia dan melakar beberapa kejayaan bersama pasukan Harimau Malaya dan kelabnya. Antaranya beliau dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2018 dan 2019. Safawi Rasid juga diberi kepercayaan oleh jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe untuk menjadi pemain utama dalam skuad Harimau Malaya. 

SAFAWI RASID

Biodata Safawi Rasid Pemain Johor Darul Ta’zim

Berikut dikongsikan adalah maklumat tentang Safawi Rasid yang merangkumi nama, umur, tempat lahir, pencapaian dan laman sosial :

Nama Penuh : Muhammad Safawi Hamdi Noor bin Rasid

Nama Samaran : Safawi Rasid

Umur : 22 tahun (2019)

Tinggi : 1.73 m

Asal : Dungun, Terengganu

Status : Bujang

Sukan : Profesional Bolasepak

Pasukan : Johor Darul Ta’zim

Posisi : Penyerang dan Sayap

Pencapaian : Pingat Perak Sukan SEA 2017, Naib Juara Kejuaraan AFF 2018, Juara Liga Super (2017 & 2018), Piala Sumbangsih (2017 & 2018), Piala Malaysia 2017

Instagram : https://instagram.com/safawirasid29

Twitter : https://twitter.com/safawi37

What do you think?

74 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lagu KITA BAIK RAMAI SAYANG Fad & Achey Tribute untuk Abam Trending No.1 di Youtube

COVID-19: Penyanyi Era 80an Dayangku Intan Bebas Jangkitan