in , ,

Konsert AFGAN EVOLUTION KUALA LUMPUR Pada 17 Disember Ini!

Jodoh anda pasti akan bertemu Disember ini

Sudah lama rasanya tidak melihat kelibat lelaki berkaca mata dan berlesung pipi yang memang terkenal dengan suara lemak merdunya. Afgan rasanya sudah agak beberapa waktu tidak menebarkan suaranya buat para penggila dan peminatnya di Kuala Lumpur. 

Maka jangan tunggu-tunggu lagi, tarikh 17 Disember ini merupakan tarikh di mana lelaki dengan horoskop Gemini ini akan bertemu mata dengan para peminat di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mulai jam 8.30 malam. 

Konsert AFGAN EVOLUTION KUALA LUMPUR Pada 17 Disember Ini!

Para peminat bakal menghabiskan masa dalam durasi dua jam bersama lelaki berusia 33 tahun ini menyanyikan lagu-lagu hits dan popularnya dalam dewan yang sudah ditandakan untuk sebuah konsert dengan judul Afgan Evolution Kuala Lumpur.

Kalau memang jodoh, pasti akan bertemu dengan Afgansyah Reza yang manis disapa Afgan, dan memang ramailah yang akan terkena panah asmara Afgan pada 17 Disember kelak.  

Buat penganjurnya iaitu Renjana Idea Sdn Bhd, ini merupakan masa yang sesuai untuk membawakan kembali Afgan ke pentas berprestij setelah sekian lama penyayi tersebut hanya bertemu mata dengan para peminat di Indonesia. 

“Kami memang mendapat respons dari peminat di mana mereka merindukan kemunculan dan suara Afgan  yang bertenaga dan menenangkan itu didengar secara live di Malaysia.  Mereka juga sudah tidak sabar untuk menyanyikan beramai-ramai lagu hits Afgan,” ujar Aliya Arisya Anuar, Pengarah Renjana Idea Sdn Bhd.

Tambahnya,”Kami percaya dengan kemunculan pelbagai konsert di Malaysia, Afgan Evolution Kuala Lumpur akan memeriahkan lagi industrI muzik dan menjawab segala kerinduan para peminat yang menantikan kemunculan Afgan di sini dengan persembahan bertenaganya. Kami juga percaya bahawa die hard fan Afgan akan menyokong konsert kali ini yang bakal mempamerkan lagi kematangan Afgan dalam bermuzik.”

Terbaharu di Indonesia, Afgan baru sahaja melancarkan EP berjudul +62 yang mengandungi tiga buah lagu iaitu Pendam, Lestari Merdu dan Pulih. 

Konsert AFGAN EVOLUTION KUALA LUMPUR Pada 17 Disember Ini!

Afgan Evolution Kuala Lumpur di Malaysia dibawakan oleh Renjana Idea Sdn Bhd dan tiket-tiket pada harga RM258 (Wallflower), RM298 (Deade), RM588 (Sides), RM888 (Live to Love), RM998 (The One) dan RM1388 (Confession No 1) mulai di jual pada 5 September 2022, Isnin, 10 pagi di golive-asia.com.  

INFO AFGAN EVOLUTION KUALA LUMPUR 

Tarikh: 17 Disember 2022

Masa: 8.30 malam 

Lokasi: Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre

Tiket: golive-asia.com

Harga tiket: RM258 (Wallflower), RM298 (Dekade), RM588 (sides), RM888 (Live to Love), RM998 (The One) dan RM1388 (Confession no 1)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Qatar Airways Mendekatkan Peminat dengan Piala Dunia FIFA Qatar 2022™

SABOTAGE

Sabotage Taruhan Terbaru Timur Video Muzik Penyambung Siri Tetralogi