in

Sabhi Saddi Lancar Single NADIKU, GEMERLAPAN & JALAN PULANG

Pada 14 Januari 2010 lalu, Budiey sempat menghadirkan diri di Majlis Pelancaran EP Sabhi Saddi di Maison, Heritage Row, Kuala Lumpur pada jam 3 petang.

Rasanya, ramai yang dah kenal dengan Sabhi Saddi. Dulunya, Sabhi dikenali dengan nama Boy, salah seorang penari dalam kumpulan Hip Hop bersama Adam iaitu Esdico. Selain menjadi lagu tema drama Tari Tirana, lagu Nadiku juga selalu dimainkan di corong radio.

Ada 3 buah lagu single semuanya. NADIKU dan GEMERLAPAN adalah hasil nukilan Omar K dan komposer Zel Firdhaus. Manakala JALAN PULANG pula dihasilkan oleh Arizal Thani manakala lirik pula hasil kerjasama Arizal Thani dan Zehra Zambri.

Di majlis ringkas itu, tetamu dan para media yang hadir dihidangkan dengan muzik video yang baru sahaja siap iaitu Nadiku. Pengambaran muzik video ini telah dibuat di Hospital Kajang (KPMC) dan dijayakan dengan penampilan beberapa orang pelakon seperti Dayana Anak Wayang.

Gambar: Turut hadir ialah bapa kepada Sabhi Sadd iaitu Y.B Saddi Haji Abdul Rahman (kiri sekali).

Ramai yang memuji muzik video Nadiku memang lawa dan ada jalan ceritanya sendiri. Memang sesuai dengan tema lagu R&B iaitu kematian dan cinta si mati sentiasa abadi dalam kenangan. Satu arahan yang kreatif dan dramatik dari arahan Aidil Fitri. Nak tengok lebih lanjut, sila tonton di youtube ya.

Remaja yang sangat optimistik ini sangat mengharapkan lagu-lagu single terbarunya mendapat tempat dan menjadi kegemaran peminat.

Majlis pada petang itu dihoskan oleh AJieb yang juga akan menjadi hos untuk Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com.

Di majlis itu, Sabhi Saddi juga menyampaikan sedikit cenderahati kepada bapanya sebagai penaung kerjanya dan juga para penaja yang sudi menghulurkan sumbangan bagi menjayakan majlis pelancaran ini.

Sabhi Saddi juga mendendangkan dua buah lagu untuk hiburan semua yang hadir iaitu lagu Jalan Pulang dan Gemerlapan.

Dengan kelahiran 3 buah single ini rasanya akan menjadikan Sabhi Saddi lebih popular dan menghimpunkan peminatnya sendiri.

Jadual 2010 Sabhi pasti akan padat dengan pembikinan video muzik terbaru Jalan Pulang dan jelajah promosi seluruh negara.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Quotes of The Day: Saya Bukan Pengacau Rumahtangga Orang

Isu Cium Pipi Mas Idayu : Black Mentor Minta Maaf