in ,

Konsert Ruth Sahanaya Live di Dewan Filharmonik Petronas

Dewan Filharmonik PETRONAS (DFP) dengan bangganya mempersembahkan penyanyi terkemuka dari Indonesia Ruth Sahanaya dalam sebuah konsert ‘sold-out’ eksklusif pada Rabu, 21 Mac 2018 jam 8.30 malam.

Siapa yang tak kenal dengan Ruth. Beliau merupakan artis Indonesia pertama yang mengadakan konsert solo di dewan berprestij ini. Konsert ini bakal menyaksikan beliau memasuki senarai artis antarabangsa yang telah membuat persembahan di dewan yang terkenal dengan tahap akustika yang tinggi; mereka adalah Laura Fygi, Harry Connick Jr, Chris Botti, Diana Krall, Anoushka Shankar dan Larry Carlton, dan juga artis tempatan terkemuka seperti Sheila Majid, Ella, Siti Nurhaliza, Yuna dan Dayang Nurfaizah.

RUTH SAHANAYA - ‘LIVE’ AT DEWAN FILHARMONIK PETRONAS!

Konsert ini sejajar dengan matlamat DFP untuk mempersembahkan muzik pelbagai genre untuk menarik golongan penonton yang berbeza. DFP boleh memuatkan seramai 920 orang pada satu masa dan akan meraikan ulangtahun ke-20 pada Ogos ini.

Konsert ini akan meraikan 30 tahun Ruth dalam bidang muzik, unggul sebagai salah seorang diva pop, soul dan R&B di Asia tenggara. Konsert terakhir beliau di Kuala Lumpur adalah pada tahun 2011 yang diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre.

Ruth memulakan kariernya pada lewat tahun 1980an dan meledak namanya melalui lagu Kaulah Segalanya yang mendapat 3 anugerah platinum dan Kasih yang mencapai 2 anugerah platinum.

Beliau telah melakar kedudukan yang kukuh dalam arena muzik Indonesia dan Asia dan sering terpilih sebagai wakil Indonesia ke festival muzik antarabangsa. Beliau juga pernah memenangi beberapa anugerah berprestij dalam bidang muzik.

Salah satu kejayaan yang telah beliau lakarkan ialah apabila terpilih untuk menyanyi di upacara pembukaan Sukan SEA ke-19 di Jakarta pada tahun 1997.

Pada tahun 2002, Ruth menjadi tetamu jemputan di konsert Mario Frangoulis di dewan ikonik Herodes Atticus, Acropolis di Athens, Greece. Di Java Jazz Festival 2005, beliau telah membuat persembahan bersama penyanyi R&B Amerika Eric Benét dan peniup saksofon jazz Jeff Kashiwa.

Ruth juga membuat persembahan di konsert amal Force of Nature di Kuala Lumpur pada tahun 2005 bersama Boyz II Men, Black Eyed Peas dan Lauryn Hill untuk mangsa tsunami Indonesia.

Beliau terpilih sebagai penyanyi paling popular oleh akhbar Kompas pada tahun 2007, diundi sebagai vokalis wanita terbaik di Anugerah Muzik Nagaswara pada tahun 2010, diakui sebagai salah seorang dari 10 artis wanita terbaik Indonesia oleh majalah Rolling Stone dan dinobatkan antara 10 aspirasi wanita oleh majalah Bazaar Indonesia.

Ruth telah membuat persembahan di Indonesia, USA, Finland, The Netherlands, Jepun, Singapura dan Malaysia. Beliau telah mengeluarkan 18 album dan 15 single, kebanyakannya mencapai anugerah platinum.

Konsert Ruth di DFP akan menyajikan lagu-lagu malar segar dan hits terbaru beliau termasuklah Kaulah Segalanya, Memori, Selamanya, Merenda Kasih, Ingin Kumiliki dan Keliru.

Beliau akan diiringi oleh pemuzik kugiran beliau dan juga pemuzik-pemuzik dari Orkestra Filharmonik Malaysia (atau Malaysian Philharmonic Orchestra – MPO). Ahmad Muriz Che Rose akan memimpin orkestra ini. Konsert ini akan menyerlahkan lagi versatiliti MPO dalam mengalunkan bukan hanya genre muzik klasikal Barat tetapi juga pop dan R&B.

Dengarkan alunan vokal mengasyikkan dari Ruth Sahanaya, hanya di DFP!

RUTH SAHANAYA - ‘LIVE’ AT DEWAN FILHARMONIK PETRONAS!

Maklumat Persembahan

‘Ruth Sahanaya – ‘Live’ At Dewan Filharmonik PETRONAS

Tarikh
Rabu, 21 Mac 2018 jam 8.30 malam

Tempat
Dewan Filharmonik PETRONAS, Menara Berkembar PETRONAS

Vokal / Ensembel / Konduktor
Ruth Sahanaya vokal
Kugiran
Orkestra Filharmonik Malaysia
Ahmad Muriz Che Rose konduktor

Harga Tiket
Premium: RM380, A Reserve: RM270, B Reserve: RM210, C Reserve: RM150

Waktu Operasi Box Office

Selasa hingga Sabtu: 10.30 pagi – 6.30 petang, 9.00 malam (pada hari persembahan)

Ahad: 12.00 tengahari hingga waktu persembahan
(Tutup pada hari Isnin dan Cuti Am kecuali pada hari konsert yang dijadualkan)

Tempahan Telefon: 03-23317007
Tempahan Email: [email protected]
Laman Web MPO: www.mpo.com.my
Facebook: fb.mpo.com.my
Instagram: @malaysianphilharmonicorchestra

Song List

1) Overture
2) Pesta
3) Selamanya
4) Masa Kecil
5) Andaikan Kau Datang
6) Astaga
7) Rinduku
8) Memori
9) Hidden Love

Interval

10) Merenda Kasih
11) Jangan Buang Waktu
12) Ingin Kumiliki
13) Keliru
14) Kaulah Segalanya
15) Tak Ku Duga
16) Medley Male: Takkan Terganti (Marcell), Harus Terpisah (Chakra Khan), Panah Asmara (Afgan) and Kisah Romantis (Glenn)
17) Semua Jadi Satu

18) Encore: Sinaran

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Teaser: Ucapan Terima Kasih Siti Nurhaliza Buat Peminat Di IG

Sacoor Brothers Lancar Koleksi World Trotters Sempena Musim Panas 2018