in , ,

Rupanya Lima Bulan Ambil Syabu, Netizen Perasan Wajah Nia Ramadhani Cengkung & Pucat

SUSULAN berita penahanan Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie, netizen di laman Instagram mula berkongsi foto terkini pelakon terkenal itu yang kelihatan pucat.

Memetik laporan Liputan6, foto memperlihatkan Nia memakai baju berwarna merah jambu itu diambil ketika dia merakam video yang dimuat naik di laman Instastory miliknya baru-baru ini.

Tidak sekadar pucat, pipi pelakon yang popular dengan watak ‘bawang merah’ itu juga kelihatan sangat cengkung dan matanya lesu.

Rata-rata netizen mendakwa penampilan terkini Nia yang kelihatan sangat berbeza itu mempunyai kaitan dengan dakwaan penyalahgunaan d4dah.

Rupanya Lima Bulan Ambil Syabu, Netizen Perasan Wajah Nia Ramadhani Cengkung & Pucat
Wajah pucat dan cengkung Nia yang menjadi perhatian netizen.

Dalam pada itu, Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya, Yusri Yunus pada Khamis mengesahkan Nia dan suaminya positif d4dah jenis Met4mfetamina atau sy4bu menerusi ujian air kencing.

Pasangan itu ketika ditahan di Balai Polis Metro Jakarta Pusat, Indonesia, turut mengaku mengambil d4dah jenis itu sejak lima bulan lalu.

Selain pasangan tersebut, pemandu peribadi mereka turut didakwa mengambil sy4bu selepas ditahan terlebih dahulu oleh pihak berkuasa.

“Nia dan Ardi mengakui mereka sudah menggunakan dadah selama lima bulan, termasuk pemandu peribadinya.Polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk alat untuk menghis4p sy4bu (b0ng), ” katanya.

Sementara itu, polis turut melakukan ujian terhadap rambut dan darah Nia dan Ardi untuk mengesahkan hasil dari ujian urin mereka.

Polis mengesahkan Nia dan suami p0sitif dad4h jenis Metamfet4mina atau sy4bu.

Pihak polis juga masih menyiasat perkembangan kes tersebut dan memburu pihak yang bertanggungjawab mengedar bahan terl4rang itu kepada Nia.

“Pasti ramai yang bertanyakan apa motif daripada pelaku ini. Kalau dari maklumat awal ketika pandemik ini si suami isteri berdepan tekanan kerja yang banyak. Itu alasan klasik.

“Tapi kami akan terus menyiasat apa yang diberitahu dan akan menjejak dalang di sebaliknya. Apa kemungkinan dia juga membekalkannya kepada artis atau public figure lain, ” ujarnya.

Terdahulu, hiburan Indonesia gempar dengan berita penahanan pelakon popular Nia Ramadhani dan suaminya Ardi Bakrie didakwa berkaitan penyalahgunaan dadah.

Menurut laporan CNN, penangkapan pasangan ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Yusri Yunus pada Khamis.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bahiyya Haneesa Beri Nafas Unik & Segar Menerusi Lagu Ikonik KAU ILHAMKU 2021

Ayuh Bangkit, Jangan Mengalah! Hikmah Di Sebalik Cabaran Pandemik Covid-19