in , ,

Rupanya Ini Sebab Filem Siksa Neraka Diharamkan Tayangan di Malaysia

Filem terbaharu dari Seberang, SIKSA NERAKA telah diayangkan di pawagam Indonesia mulai dari 14 Disember 2023. Tetapi, filem ini telah menyebabkan perbincangan hangat kerana ia dilarang daripada ditayangkan di pawagam Malaysia dan Brunei. Pasti ada sebabnya kan?

Baharu sahaja ditayangkan di pawagam Indonesia sejak 14 Disember 2023 lalu, namun filem Siksa Neraka telah mula mencetuskan kontroversi apabila sah diharamkan tayangannya di pawagam Malaysia dan Brunei.

Keputusan untuk melarang tayangan filem ini diumumkan oleh Antenna Entertainments di platform media sosial mereka.

Rupanya Ini Sebab Filem Siksa Neraka Diharamkan Tayangan di Malaysia

Walaupun sebab-sebab tepat pengharaman tidak dinyatakan, ramai yang percaya bahawa ini mungkin kerana adegan-adegan menakutkan yang menunjukkan hukuman kepada manusia yang berdosa dan paparan babak hukuman di neraka.

Filem seram dari Indonesia ini menggambarkan seksaan yang dihadapi atas dosa yang akukan di alam Neraka.

Bagaimanapun, netizen menyambut baik keputusan tersebut walaupun dikatakan filem erkenaan telah memberikan kesan pengajaran kepada penonton di Indonesia.

Pempengaruh terkenal Indonesia, Lucinta Luna dikatakan amat terkesan dengan filem berkenaan sehinggakan beliau menyuarakan hasrat untuk bertaubat kembali ke pangkal jalan.

Untuk diketahui, filem Siksa Neraka diadaptasi daripada sebuah komik yang popular bernama Siksa Bagi Para Pelacur yang ditulis oleh MB Rahimsyah pada tahun 1990-an di Indonesia.

Apapun yang kita lakukan sekarang: belajar, bekerja, berjualan, berkampanye, menipu rakyat, korupsi, semua itu bisa jadi hal terakhir yang kita lakukan. Karena mungkin saja, kita akan tiba-tiba bangun dan sadar sudah ada di bawah sana.


Inilah poster teaser dari SIKSA KUBUR. Dari Joko Anwar (penulis dan sutradara film Pengabdi Setan, Pintu Terlarang, dan Perempuan Tanah Jahanam). 


Tayang di bioskop segera. Pada saat yang paling sempurna.

– Ahmad Izham Omar
HONOR Akan Lancar Siri HONOR Magic6, Magic V2 RSR di MWC 2024

Filem ini diarahkan oleh Anggy Umbara dan mempunyai pelakon-pelakon seperti Safira Ratu Sofya, Astri Nurdin, Ariyo Wahabs, Ricky Fachrel, Nayla D. Purnama, Kiesha Alvaro, dan Slamet Raharjo.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Galaxy AI Mengubah Siri S Ikonik untuk Menjadikan Epik Setiap Hari Anda

Empat Produk Mampu Milik di Shopee Live Sempena Tahun Baru Cina