in ,

Rupanya Ini Alasan Kenapa Bill Gates Tidak Mahu Bermenantukan Orang Miskin

Pada 15 Oktober lalu, anak sulung pengasas Microsoft, Bill Gates, iaitu Jennifer Katherine, 25 tahun selamat melangsungkan perkahwinan bersama seorang pemuda dari Mesir, Nayel Nassar, 30 tahun.

Menantu Bill Gates, Nayel yang merupakan seorang penunggang kuda profesional juga merupakan ahli perniagaan yang mana nilai kekayaannya sendiri sudah mencecah $100 juta.

Susulan perkahwinan tersebut, jawapan Bill Gates kepada soalan ‘adakah beliau menerima sekiranya anak perempuannya berkahwin dengan lelaki sederhana atau lelaki miskin?’ semasa menjadi panel speaker kembali tular.

Menurut sumber Medium, jawapan yang diberikan Bill Gates bagi menjawab persoalan tersebut cukup mudah dan mengubah persepsi orang mengenai kaya dan miskin.

BILL GATES

Bagi Bill Gates, kekayaan bukanlah bermaksud memiliki akaun bank yang tebal tetapi kebolehan untuk mencipta kekayaan.

Memberi contoh individu yang menjadi kaya kerana menang loteri, bagi beliau orang berkenaan bukanlah orang kaya tetapi orang miskin dengan duit yang banyak dan disebabkan itulah hampir 90% daripada jutawan loteri kembali jatuh miskin selepas lima tahun.

Ada juga orang kaya tetapi tiada duit, sebagai contoh usahawan yang sudah menuju ke arah kekayaan dan tidak memiliki duit kerana melabur untuk mengembangkan pengetahuan mengenai kewangan. Dan itulah kekayaan.

Bagaimana orang kaya dan orang miskin berbeza?

Orang kaya mungkin mati untuk menjadi kaya, manakala orang miskin boleh membunuh untuk menjadi kaya.

Bill Gates berpendapat, jika seorang anak muda sedang berusaha berlatih, belajar sesuatu yang baru dan konsisten menambah baik dirinya, beliau adalah orang yang kaya.

Namun jika seorang anak muda menganggap bahawa masalahnya adalah negara dan menganggap orang kaya semuanya adalah pencuri dan sentiasa mengkritik, itulah dia orang yang miskin.

Ini kerana orang kaya yakin bahawa mereka hanya memerlukan maklumat dan latihan, manakal orang miskin berpendapat bahawa orang lain mesti memberikan beliau duit.

Memberikan kesimpulan bahawa anak perempuannya tidak akan berkahwin dengan lelaki miskin, yang dirujuk beliau bukanlah wang, tetapi keupayaan mereka untuk mencipta kekayaan.

Anak Bill Gates Kahwin Dengan Pemuda Muslim

NEW YORK: Anak perempuan sulung pengasas Microsoft, Bill Gates berkahwin dengan seorang pemuda Muslim pada Jumaat lalu di New York.

Jennifer, 25, dilaporkan melangsungkan perkahwinan dengan seorang pemuda dari Mesir, Nayel Nassar, 30, dalam satu majlis kecil-kecilan mengikut Islam yang diadakan secara rahsia.

Bagaimanapun, setakat ini masih tidak diketahui sama ada Jennifer sudah menganut agama Islam atau tidak walaupun majlis kecil-kecilan secara Islam diadakan.

Majlis kecil-kecilan itu diadakan di ladang kuda yang menjadi milik anak perempuan Gates seluas 57.46 hektar di North Salem, New York sementara majlis perkahwinan besar-besaran pula diadakan di rumah Jennifer di Westchester, New York pada Sabtu lalu dengan dihadiri kira-kira 300 orang tetamu.

Anak perempuan Gates itu meminta mereka yang datang ke majlis perkahwinan tersebut mendapatkan vaksin COVID-19 terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

Pada Ahad pula, satu majlis makan tengah hari diadakan di sebuah restoran.

Gates dan bekas isterinya, Melinda yang mengumumkan perceraian pada Ogos lalu menyiarkan gambar-gambar perkahwinan anak perempuan sulung mereka itu di akaun Instagram masing-masing.

Mereka berdua turut menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Majlis perkahwinan besar-besaran itu dianggarkan melibatkan kos kira-kira AS$2 juta (RM8.34 juta).

Gates merupakan salah seorang individu terkaya di dunia dengan nilai kekayaannya dianggarkan AS$132 bilion (RM550.64 bilion).

Ibu bapa menantu Gates itu pula warga Mesir bertaraf jutawan. Suami Jennifer itu pernah menjadi wakil Mesir dalam beberapa pertandingan ekuestrian dan yang terbaharu mewakili negaranya dalam Sukan Olimpik di Jepun.

Jennifer dan Nassar yang mempunyai syarikat perniagaannya sendiri berkenalan ketika mereka menuntut di Universiti Stanford. – Agensi

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

dUCk Reveals its Biggest Flagship Store with Unique In-store Experience

Akaun Instagram Caprice Disekat, Patutlah Hampir Sebulan Tiada Kemaskini