in , ,

Akaun Instagram Caprice Disekat, Patutlah Hampir Sebulan Tiada Kemaskini

Selepas hampir sebulan tiada khabar berita dari Caprice apabila tiada perkongsian daripada penyanyi rap, akhirnya segala persoalan netizen terjawab rupanya akaun IG miliknya disekat.

Caprice berkata perkongsian sebuah video yang dimuat naik pada 4 Oktober lalu dikatakan mengandungi unsur buli dan gangguan.

“Akaun kena suspended sebab last video kena report banyak kali. Insya-Allah minggu ini dapat post balik,”

– Caprice
Akaun IG Caprice Disekat, Patutlah Hampir Sebulan Menyepi

Hasil tinjauan di Instagram, kali terakhir Caprice memuat naik perkongsian mengulas mengenai isu gangguan seksual oleh rakan sekerja pada 8 Oktober lalu.

Tambah Caprice, akuannya kemungkinan akan dipadam jika terus melanggar garis panduan komuniti yang ditetapkan pengendali platform berkenaan.

Dalam pada itu, mengulas mengenai single terbaru, Tiger of Al Quds yang sepatutnya dilancarkan pada 21 Oktober, Caprice berkata dia masih belum memilih tarikh baru.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

BILL GATES

Rupanya Ini Alasan Kenapa Bill Gates Tidak Mahu Bermenantukan Orang Miskin

tony fernandes airasia-2020

AirAsia Sedia 113 Penerbangan Mingguan ke Sarawak Mulai 1 November