in , ,

Rumah Terbuka Hot FM Buletin FM & DJ KJ di Oakwood Hotel & Residence

Setelah sebulan berpuasa, pastinya umat islam dengan meriah meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Semestinya Media Prima Audio turut mengambil kesempatan untuk menyambut Hari Raya dengan Majlis Terbuka Rumah Terbuka Hot FM Buletin FM. Majlis Rumah Terbuka bersempena Hari Raya Aidilfitri ini telah dianjurkan oleh Hot FM dan Buletin FM dengan kerjasama Ascott Malaysia melalui jenama mereka Oakwood Hotel & Residence Kuala Lumpur iaitu pada 21 Mei 2023 yang bertempat di Oakwood Hotel & Residence, Kuala Lumpur. 

Penganjuran majlis rumah terbuka kali ini lebih bermakna dengan adanya kehadiran istimewa anak-anak yatim dan pendengar Hot FM dan Buletin FM yang bertuah bersama-sama memeriahkan lagi majlis ini. 

Bukan itu sahaja, memandangkan hari tersebut adalah hari terakhir umat Islam menyambut Hari Raya Aidilfitri, pihak Hot FM dan Buletin FM berharap agar Rumah Terbuka ini dapat memberi sedikit impak positif dan diingati kepada yang datang sebagai penutup Hari Raya Aidilfitri. 

Pihak Hot FM dan Buletin FM mengambil inisiatif untuk menggunakan masa tersebut dengan mengadakan rumah terbuka ini dengan menjemput anak-anak yatim daripada Rumah Penyayang Darul Ilmi Gombak juga memilih pendengar Hot FM dan Buletin FM yang bertuah yang mendapat jemputan untuk menghadiri Rumah Terbuka Hot FM Buletin FM. 

Bagi menghargai mereka yang hadir ke Rumah Terbuka ini, pihak Hot FM, Buletin FM dan Ascott Malaysia menyediakan pelbagai juadah hari raya, memberi hiburan serta mengambil kesempatan untuk mendekati mereka dengan lebih rapat lagi. 

Dianggarkan seramai 45 orang anak yatim dan 40 pemenang yang datang memeriahkan Rumah Terbuka ini dengan adanya persembahan istimewa daripada para artis iaitu Amir Masdi,  Zizi Kirana, Amir Johari, Syafiq Abdillah dan Haiza Hanafi. 

Bukan itu sahaja, berita gembira terutamanya buat peminat Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ. Hashtag yang pernah tular sebelum ini iaitu #kjjadidj memberi kejutan sekali lagi kepada peminat KJ.  DJ KJ akan kembali menjadi penyampai radio di Hot FM setiap Isnin jam 6 pagi hingga 10 pagi dalam segmen Bekpes Hot bermula 15 Mei 2023 dan sepanjang tahun ini. 

Bermula sebagai penyampai radio jemputan, kini KJ secara rasmi menjadi penyampai Hot FM secara tetap di Hot FM dalam segmen Bekpes Hot. Tugas sebagai penyampai radio adalah tidak mudah dan sibuk sepanjang masa, lebih-lebih lagi untuk KJ yang mempunyai komitmen lain. 

Jadi, demi peminat KJ yang menantikan kehadiran semula KJ di Hot FM, pihak Hot FM bersetuju untuk KJ menjadi penyampai radio setiap hari Isnin sahaja. Pada masa yang sama, pihak Hot FM juga akan cuba membawa KJ di kempen-kempen di Hot FM yang sesuai dengan beliau. 

Ketua Rangkaian Kandungan Hot FM, Digital & Audio+, Shah Hayatudin berkata, “Rumah Terbuka Hot FM Buletin FM kalini adalah rumah terbuka yang istimewa dimana kita dapat peluang untuk bersama-sama dengan anak-anak yatim juga raya kalini bersama Khairy Jamaluddin (KJ). Sejujurnya peluang seperti ini adalah peluang yang tidak mudah untuk kita dapat, bukan itu sahaja bagi saya ia adalah penutup Hari Raya yang memberi ingatan yang istimewa buat yang datang bersama kita pada hari Rumah Terbuka. Selain itu, dengan kembalinya DJ KJ kami berharap agar pendengar akan sentiasa dengarkan Hot FM sepanjang masa dan tidak terlepas untuk dengarkan isu semasa yang dibincangkan di Buletin FM setiap hari tidak kira dimana anda berada”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM

Program Stesen Berkembar Gabungan Nasionalfm & 8 Stesen Radio Negeri

Senarai Penuh Pemenang Anugerah Seni BOH Cameronian Ke-18