in , ,

Penyanyi Popular Jayakan Konsert Rumah Kita Syurga Kita

Konsert Rumah Kita Syurga Kita Dekat Di Hati Anda!

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan sejak 18 Mac lalu bagi membendung penularan wabak Covid-19 bukan saja menjejaskan hampir keseluruhan sektor pekerjaan, malah turut memberi kesan kepada industri hiburan tempatan. Umum mengetahui kesemua program hiburan TV termasuk konsert berbayar terpaksa ditunda ke tarikh yang belum ditetapkan.

Apa yang pasti, sepanjang PKP dilaksanakan, pelbagai ragam dan aktiviti dibuat dapat dilihat berdasarkan apa yang tular di media sosial.

Tidak ketinggalan, kebanyakan penyanyi dan selebriti mengambil pendekatan dengan membuat nyanyian secara langsung di Instagram, merakam lagu secara ‘cover version’ dan banyak lagi sebagai cara mendekati peminat.

Pendek kata, orang ramai yang duduk di rumah masih memerlukan hiburan daripada artis kesayangan mereka.

Atas inisiatif itu, syarikat rakaman 17Eleven Music tampil dengan idea segar dengan membawakan Konsert Rumah Kita Syurga Kita pada 8 April, jam 3 petang di saluran YouTube Seventeen Eleven Music.

Penyanyi Popular Jayakan Konsert Rumah Kita Syurga Kita

Menariknya, konsert dalam talian pertama yang dianjurkan syarikat rakaman tempatan itu bakal memberikan warna baru dalam industri muzik tempatan terutama hiburan buat peminat.

Konsert itu bakal menampilkan penyanyi popular tanah air seperti Khai Bahar dan Dinda Permata selain tiga penyanyi baharu iaitu Farisha Airish, The Mirza dan Kamelia Syermain.

Bagi Khai Bahar, konsert itu mendekatkan lagi dirinya dengan peminat yang tidak pernah putus membuat permintaan untuknya memuat naik nyanyian di Instagram dan YouTube.

“Saya puji usaha yang dibuat pihak 17Eleven Music. Ini bukan saja sesuatu yang baru, tapi menarik untuk kembangkan selepas ini.

“Secara peribadi, saya suka dengan konsep dan pendekatan ini. Apatah lagi sejak PKP ini dilaksanakan penggunaan laman sosial meningkat.

“Macam saya sendiri, boleh dikatakan hampir setiap hari peminat membuat permintaan untuk saya ‘cover’ lagu. Jadi, apabila konsert ini dibuat, ia idea yang menyeronokkan,”

– Khai Bahar

Pada konsert itu, Khai akan menyanyikan lagu Ratuku yang juga edaran 17Eleven Music.

Penyanyi Popular Jayakan Konsert Rumah Kita Syurga Kita

Sependapat dengan Khai, Dinda Permata yang juga bintang Big Stage musim kedua berasa teruja untuk menghiburkan peminat secara dalam talian.

“Apabila konsep ini diperkenalkan dan dipersembahankan secara konsert dari rumah, sudah tentu ia lebih menarik dan santai.

“Tapi, sebagai penyanyi saya harus profesional dan mempersembahkan lagu ini dengan baik. Sebab kita nak menghiburkan mereka.

“Pada konsert ini, saya akan menghiburkan penonton dengan lagu Syarat Bahagia. Lagu ini jarang dinyanyikan secara langsung selepas ia dilancarkan tempoh hari.

“Jadi, ini kesempatan terbaik untuk saya memperkenalkan lagi lagu ini. Tak sabar nak jumpa semua,”

– Dinda Permata

Konsert berdurasi 30 minit itu turut mempersembahkan beberapa lagu lain antaranya Sakit nyanyian asal Achey yang akan dinyanyikan Farisha Irish, Kisah Cinta Kita nyanyian asal Hafiz Suip dibawakan The Mirza dan Khabar Aku (Kamelia Syermain).

Menariknya, bahagian dua Konsert Rumah Kita Syurga Kita akan menemui penonton pada minggu hadapan.

Klik link ini untuk terus ke ‘Konsert Rumah Kita Syurga Kita’ di bawa khas oleh 17Eleven Music: https://youtu.be/bSfR7I5Ip8U

What do you think?

62 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Kerjasama Grab Untuk Bazar Ramadan Mudah Diperolehi Dari Rumah

Penyanyi Indonesia Glenn Fredly Meninggal Dunia