in , ,

Penyanyi Indonesia Glenn Fredly Meninggal Dunia

Penyanyi yang popular dengan lagu Januari, Glenn Fredly, meninggal dunia di Rumah Sakit Fatmawati di Jakarta hari ini, pada jam 6 petang tadi, waktu tempatan. Memetik laporan KOMPAS.com, berita sedih itu dimaklumkan rakan seperjuangan Glenn, Tompi.

“Telah berpulang saudara kami, Glenn Fredly, malam ini.

“Mohon dimaafkan semua salahnya. Dia yang selalu hadir menggerakkan kita semua,”

– Tompi melalui aplikasi WhatsApp yang dikirim kepada portal berita berkenaan.

Sehingga berita ini ditulis, punca penyanyi berusia 44 tahun itu meninggal dunia masih belum diketahui.

Glenn

Dalam laporan lain, agensi menyebut, Glenn menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Setia Mitra jam 6 petang waktu tempatan (7 malam waktu Malaysia).

Sementara itu, akaun Instagram (IG) Glenn dibanjiri ratapan peminat yang rata-rata tidak percaya berita pemergian penyanyi kesayangan mereka itu.

Lahir dengan nama Glenn Fredly Deviano Latuihamallo pada 30 September 1975, Glenn memulakan karier seni dengan menjadi vokalis Funk Section pada 1995.

Tiga tahun kemudian, Glenn mengorak langkah sebagai penyanyi solo dan melancarkan album bertajuk Glenn.

Glenn juga membentuk kumpulan trio bersama Tompi dan Sandhy Sondoro dan diberi nama Trio Lestari.

Penyanyi yang terkenal dengan muzik pop, R&B dan jazz ini mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dangdut, Mutia Ayu pada 2019.

Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan penyanyi Dewi Sandra pada 2006 dan bercerai tiga tahun kemudian. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Khai Bahar | 17

Penyanyi Popular Jayakan Konsert Rumah Kita Syurga Kita

Sasha Saidin 2020 | 18

Sasha Saidin Ke Afrika Selatan Hos Program DESIGN CAPITAL