in

Rumah Imuda Dipecah Perompak

Pelakon dan pelawak terkenal tanah air, Imuda kerugian RM7,000 apabila kediamannya di Taman Datuk Ahmad Razali, dipecah masuk baru-baru ini semasa cuti hari raya puasa. Budiey harap, Imuda bersabar menerima insiden ini.

Namun, Imuda hanya menyedari kejadian itu kira-kira pukul 3 petang Isnin lalu selepas beliau bersama keluarganya pulang daripada bercuti raya selama 10 hari di Pulau Pinang.

imuda

“Bila sampai di rumah, saya lihat kesemua bilik saya berselerak dan mendapati komputer riba milik isteri, tiga buah telefon bimbit, wang tunai RM300 serta koleksi jam tangan saya hilang. Mereka (suspek) sempat makan kuih raya dan minum air sirap yang berada di dapur,” katanya.

Imuda yang terkenal dengan sitkom ‘2+1’ dan ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ itu berkata kes pecah rumah dan ragut telah banyak kali berlaku di kawasan kediamannya dan isterinya, Zabarina Haja Mushadi, 30, pernah cuba diragut namun diselamatkan jiran yang melihat kejadian itu. sumber: Media Hiburan

IMUDA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem SAM Kutip RM1.4Juta

Astro Lancar Astro Byond VOD