in

RTM Lancar Program Realiti Terbaru Tiada Lama Tiada Baru

Budiey rasa teruja dan seronok bila mana RTM menyuarakan ingin memperbaiki dengan lebih terancang dan mengemaskini segala program TV yang akan ditayangkan sepanjang tahun 2011. Pastinya, dengan janji itu, RTM dapat mengotakannya dengan mencurah segala tenaga untuk memberikan yang terbaik buat penonton.

Seiring dengan itu Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan rancangan realiti “Tiada Lama Tiada Baru” mulai 14 Januari ini untuk mencungkil bakat baru dalam bidang nyanyian dan mencari muka iras artis.

DSC_0051

Semalam, Budiey sempat untuk menghadiri Majlis Pelancaran dan Sidang Media Program Tiada Lama Tiada Baharu di Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur. Sesampai di sana, Budiey lihat acara red carpet yang menampilkan ikon-ikon sedang berlangsung. Jadi sempat ambil beberapa gambar di red carpet.

DSC_0067

Tonton Video Sekitar Pelancaran Program Realiti Terbaru Tiada Lama Tiada Baru:

Majlis pelancaran ini disempurnakan oleh YBhg Datuk Ibrahim Yahaya selaku Ketua Pengarah Penyiaran. Gimik pelancaran agak menarik dengan penampilan beberapa kanak-kanak comel miming meniru artis ikon.

Pelancaran Satu-Satunya

Dengan tagline Satu-satunya, program ini akan menampilkan Azwan Ali dan Didie Alias sebagai pengacara.

Pelancaran Satu-Satunya

Kedua hos yang meletop ni juga mengendalikan sidang media dan majlis pelancaran semalam dengan gaya bersahaja dan penuh santai. RTM yakin dengan kredibiliti kedua hos ini bakal memberikan kejutan tersendiri. Program ini diterbitkan oleh Puan Norfadzilah Hashim.

Pelancaran Satu-Satunya

Fakta menarik Tiada Lama Tiada Baharu:

  1. Mula disiarkan 14 Januari 2011
  2. Berlangsung selama 13 minggu
  3. Melibatkan 11 penyanyi bertaraf ikon
  4. 61 orang peserta bersaing
  5. Malam Kemuncak pd 15 April 2011
  6. Terbahagi kepada dua iaitu Kategori Nyanyian dan Kategori Muka Iras Artis
  7. 39 penuntut kategori Nyanyian
  8. 22 penuntut kategori Muka Iras Artis

Program ini bukan untuk menjadi saingan kepada program realiti yang disiarkan di mana-mana stesen TV yang lain. Dek kerana mahu melahirkan bintang-bintang realiti TV yang betul-betul berwibawa lagi berkualiti dan mampu bertahan lama dalam arus perdana, maka program terbaru ini dilancarkan.

Program sejam itu yang akan disiarkan setiap hari Jumaat sehingga 15 April ini akan menyaksikan persaingan oleh 61 peserta iaitu 39 dalam bidang nyanyian manakala selebihnya dalam kategori iras muka artis.

Konsep Tiada Lama Tiada Baharu asalnya milik RTM namun ianya diinovasikan oleh pengacara sensasi, Azwan Ali yang dijangka dapat memeriahkan lagi penghibur di Malaysia.

RTM dilihat begitu optimistik dan yakin dengan program realiti TV seperti ini dan mahu mencetuskan satu lagi fenomena. Persoalannya, mampukah program ini akan mendapat sambutan seperti mana program realiti TV yang telah lama popular. Segalanya terserah pada penerimaan penonton.

Yang penting, program ini mahu mengangkat imej dan martabat bintang-bintang atau ikon seni negara yang banyak berjasa dan terus popular khasnya bintang kelahiran RTM. Seramai 11 artis ikon termasuk Datuk Jeffrydin, Mas Idayu, Noraniza Idris, Datuk David Arumugam, Datuk DJ Dave, Datuk M Daud Kilau, Ramlah Ram, Aishah, Datuk A Rahman Hassan & Datin Azizah Mohamed, Jamal Abdillah, Hail Amir dan Uji Rashid akan terlibat sebagai mentor dalam program berkenaan.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya berkata program itu akan melibatkan artis lama yang akan bertindak sebagai mentor kepada peserta.

“Jasa pejuang seni terdahulu perlu diberi pengiktirafan dengan memberi mereka peluang untuk terlibat sama dalam industri ini,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan rancangan berkenaan di sini, Isnin.

Lima anugerah utama dalam kategori nyanyian ditawarkan dalam program itu iaitu bintang terbaik, persembahan terbaik, bintang paling popular, bintang contoh dan ikon paling popular manakala kategori muka iras artis pula bagi mencari pemenang utama, naib johan dan tempat ketiga.

DSC_0043

Siaran langsung TLTB ini akan bersiaran langsung untuk 13 minggu dan Malam Kemuncak program ini dijangka berlangsung pada 15 April 2011.

Program ini menerapkan pendekatan ala Kursus Luar Kampus untuk melahirkan penuntut yang serius dalam bidang seni, khasnya muzik dan nyanyian. Pensyarah yang terlibat antaranya Dia Fadila yang menjadi guru vokal dan EE pula menjadi guru tarian dan persembahan.

Program ini memecah rekod dengan menyenarai pendek 61 penuntut yang bersaing untuk 2 kategori utama iaitu kategori nyanyian seramai 39 penuntut dan kategori muka iras artis 22 penuntut.

Setiap minggu, program ini akan buat kejutan dengan menampilkan bintang remaja popular setiap minggu, sekaligus memberi impak kepada usaha memberikan penghargaan kepada 11 ikon tersebut.

Dari aspek perjurian memilih finalis ke Malam Kemuncak, pecahan undian adalah undian dari ikon 50%, undian SMS 30% dan undian pemerhatian 20%. Setiap minggu, 3 penuntut akan berentap di mana seorang akan diumumkan sebagai Juara Mingguan. 11 episod persaingan mingguan akan berlangsung. 1 episod PRA AKHIR dan episod ke-13 adalah Malam Kemuncaknya.

11 Juara Mingguan akan ke peringkat akhir bersama seorang penuntut yang dipilih secara UNDI BALIK berdasarkan peratus undian tertinggi untuk disenaraikan juga ke Malam Kemuncak program realiti Tiada Lama Tiada Baharu pada 15 April 2011.

Anugerah yang disediakan di Malam Kemuncak adalah kategori nyanyian Bintang Terbaik, Persembahan Terbaik, Bintang Paling Popular, Bintang Contoh dan Ikon Paling Popular. Manakala kategori muka iras artis pula mencari pemenang Juara, Naib Juara dan tempat ke-3.

Pelancaran Satu-Satunya

Pelancaran Satu-Satunya

Pelancaran Satu-Satunya

Pelancaran Satu-Satunya

Pelancaran Satu-Satunya

Pelancaran Satu-Satunya

Pelancaran Satu-Satunya

Pelancaran Satu-Satunya

Pelancaran Satu-Satunya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert Gempak Astro Revo di Pasir Gudang Meriah

ADV: Facial Mask BEAUTEE Lebih Berkesan