in ,

Konsert Gempak Astro Revo di Pasir Gudang Meriah

PENCETUS FENOMENA MUZIK

60,000 PENGUNJUNG BANJIRI TAMAN BANDAR PASIR GUDANG
Kemeriahan luar biasa menutup tirai tahun 2010

Tahun 2010 menyaksikan kejayaan Astro menembusi sasaran penonton TV Melayu dengan menarik lebih ramai pelanggan baru dari kawasan bandar dan luar bandar untuk melanggan pakej-pakej sedia ada dan yang baru diperkenalkan sepanjang tahun ini. Menutup tirai untuk tahun ini, Astro sekali lagi melakar kejayaan tersendiri apabila pengajuran Gempak Astro Revo pada hujung minggu lalu di Taman Bandar Pasir Gudang, Johor Bahru mencatatkan kira-kira 60,000 pengunjung.

Gempak Astro Revo telah membawakan satu – satunya konsert yang memaparkan fenomena muzik daripada pelbagai genre yang mana menggabungkan bintang-bintang realiti, pejuang muzik Indie dan disertai seorang lagenda rock.

Farish Aziz Melayan Pengunjung Karnival

Konsert yang dihoskan oleh Lisa Surihani dan Zainal Alam Kadir ini telah menghimpunkan artis – artis terhebat seperti Amy Search, Meet Uncle Hussain, Jaclyn Victor, Taufik Batisah, Zahid, Hazama dan ramai lagi. Setiap artis telah menyanyikan lagu hit masing – masing dan juga lagu lama yang akan dinyanyikan semula. Antaranya ialah Isi dan Kuku oleh Amy Search, Sekadar di Pinggiran oleh Jaclyn Victor, Drama King oleh Meet Uncle Hussain dan Milikku oleh Zahid.

Ketua Pemasaran Segmen Melayu Astro, Puan Molina Musa berkata, “Penganjuran Gempak Astro Revo merupakan platform terbaik bagi Astro sebagai tanda penghargaan kepada sokongan pelanggan setia kami selama ini.

Penonton Membanjiri Taman Bandar Pasir Gudang Menonton Konsert

Sokongan yang tidak berbelah bagi inilah yang menjadi inspirasi dan menambahkan semangat kami untuk terus mengorak langkah secara berterusan dalam menyediakan perkhidmatan dan program-program terbaik yang bersifat interaktif dan dekat dengan jiwa para pelanggan kami”.

“Konsert PERCUMA dan karnival sepanjang hari yang terbuka kepada orang ramai ini turut bertujuan mempromosikan program-program yang disiarkan Astro seperti Anda Ada 60 Saat, pakej Mustika dan Saluran Fiesta yang telah dilancarkan baru-baru ini. Menggabungkan program-program terbaik tempatan dan antarabangsa, promosi-promosi bergerak ini diharapkan mampu untuk meningkatkan minat orang ramai untuk melanggan perkhidmatan Astro, Astro B.yond dan pakej-pakej premium selain menambat kesetiaan pelanggan sedia ada. Pada masa yang sama, kami juga memberikan peluang kepada peniaga-peniaga kecil tempatan untuk bersama-sama menjayakan karnival & konsert ini. ”.

Hunny Madu Membuat Persembahan Biarpun Mengalami Kecedaraan Tangan

Apa dah jadi dengan tangan Hunny Madu ni, cedera ke?

Pasir Gudang menjadi lokasi kemuncak kepada siri Gempak Astro sepanjang tahun ini. Pemilihan lokasi kali ini amat bersifat interaktif kerana mengambil kira permintaan tinggi peminat termasuk dari laman facebook rasmi Gempak Astro. Sepanjang tahun ini, sebanyak 38 buah lokasi telah dijelajahi di bawah payung Gempak melalui program Gempak Desa Astro, Gempak Selebriti Astro, Gempak Astro dan Marhaban di Astro. Pelbagai lokasi telah dijelajah di seluruh Tanahair seperti di Stadium Bukit Jalil, Kota Kinabalu, Bazar Ramadan Temerloh, Felda Easter dan Felda Jengka

“Kami juga sentiasa berusaha untuk memberikan hiburan menarik yang bersesuaian mengikut aliran terkini menggunakan latar belakang dan konsep semasa. Misalnya sewaktu kerancakkan demam Piala Dunia 2010, kami hadir dengan konsep persembahan Gempak Astro Rockabola manakala Marhaban Di Astro dijalankan sepanjang bulan Ramadan yang lalu. Kini, dengan populariti muzik genre Indie, kami hadir dengan Gempak Astro Revo yang menggabungkan persembahan pelbagai genre muzik termasuk genre pemuzik Indie“ tambah Molina.

Sementara itu, pelbagai acara permainan hiburan telah diadakan bermula seawal 9.00 pagi. Menjelang Konsert Gempak Astro Revo yang hanya bermula pada 9.00 malam, pengunjung termasuk kanak-kanak dan golongan dewasa telah mengambil bahagian dalam pelbagai acara mengikut kegemaran mereka. Di antaranya adalah pertunjukkan bola sepak ’ Dr Freestyler’, pertandingan futsal, aktiviti Permainan WII game, bengkel kaligrafi bersama Ustaz Dinie, permainan PS3 dan pameran serta demonstrasi Mad Science TVIQ.

Karnival sepanjang hari dengan pelbagai acara menarik, penampilan artis dan selebriti popular dan konsert akhir tahun telah membuktikan bahawa Astro sangat komited dengan slogan yang dilaungkan selama ini, ’Macam Macam Ada’.

Nantikan acara-acara promosi bergerak di bawah payung Gempak yang telah diaturkan pasukan pemasaran Melayu Astro untuk tahun 2011. Untuk maklumat terkini, sertailah facebook Gempak di www.facebook.com/GempakAstro

Pengunjung Mencuba Permainan Di Gerai Anda Ada 60 Saat

Lagenda Rock Amy Search

Persembahan mantap dari lagenda rock, Amy Search

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Selebriti di Party Masquerade Media Hiburan

RTM Lancar Program Realiti Terbaru Tiada Lama Tiada Baru