in

RTM Jazz Orkestra Mewakili Negara Ke Jakarta Jazz Festival

RTM Jazz Orkestra Mewakili Negara Ke Jakarta Jazz Festival

Setelah beraksi di Java International Jazz Festival pada tahun 2009, dan KL International Jazz Festival pada pertengahan tahun ini, Orkestra Jazz RTM sekali lagi bakal memenuhi undangan penganjur Jakarta Jazz Festival (JakJazz) bagi mengadakan persembahan di pentas berprestij yang menggabungkan tokoh-tokoh jazz seluruh dunia di Istora Senayan, Jakarta Indonesia dari 19 hingga 21 Oktober 2012.

RTM Jazz Orkestra Mewakili Negara Ke Jakarta Jazz Festival

Ini ialah penganjuran Jak Jazz tahun ketiga belas sejak 1988 yang digerakkan oleh tokoh jazz handalan Indonesia Ireng Maulana. Tahun ini JakJazz membawa tema “ Jazz The Way You Are” bakal menerbangkan tokoh dan kumpulan jazz yang tidak asing lagi seperti Incognito, Mezzoforte, Jeff Lorber, Eric Marienthal, Jeremy Monteiro, Sonny Emory dan Nate Phillips, Ernesto Holman serta juga artis jazz Indonesia seperti Ireng Maulana, Idang Rasyidi, Indra Lesmana, Gilang Ramadhan, Tohpati, Dewa Budjana, Dwiki Dharmawan, Barry Likumahuwa dan ramai lagi.Malah RTM Orkestra akan digabungkan dengan penyanyi muda jazz yang terkenal di Indonesia iaitu Sierra Soetidjo.

Menurut Pengarah Muzik RTM Dato Mokhzani Ismail selaku pemain piano serta pengubah lagu untuk persembahan, tujuan menggabungkan dengan penyanyi Indonesia bukanlah menidakkan kebolehan penyanyi tempatan dari Malaysia tetapi kali ini undangan hanya pada Orkestra sahaja. Malah dalam beberapa persembahan di luar negeri penyanyi Irene Soliano pernah mengadakan persembahan di Java Jazz Festival tahun 2009 Menggabungkan dengan artis Indonesia adalah satu strategi pihak penganjur bagi mendapatkan sejumlah penonton bagi menyaksikan festival jazz yang cukup berprestij.

Menurut Mokhzani lagi muzik merupakan bahasa penyatuan serta memupuk persahabatan serta keakraban antara dua negara serumpun. Malah pemian piano terkenal Indonesia Andi Wiriantono akan turut menjadi pemain piano jemputan dalam persembahan tersebut.
Seramai 15 ahli muzik terbaik Malaysia telah dipilih bagi mewakili RTM dan pentas berprestij tersebut bakal menyaksikan lagu-lagu ciptaan Malaysia dipersembahkan. Malah Mokhzani telah mencipta beberapa buah lagu baru seperti Dawn in KL , Tribute dan lain-lain. Sebanyak 10 buah lagu akan dipersembahkan termasuk 5 buah lagu dinyanyikan oleh Sierra.

Menurut beliau lagi adalah perlu Orkestra RTM yang telah menyambut ulangtahun ke 50 pada tahun lalu meneruskan misi mengantarabangsakan orkestra tersebut dan meletakkan sebaris dengan orkestra jazz dari seluruh dunia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro World’s Longest Online Banner

Gambar Shila Amzah & Sharnaaz Ahmad dalam Iklan Safi Balqis