in

RTM Imbau Kembali Lagu Zaman 40an Dalam Senandung Kasih

Radio Televisyen Malaysia (RTM) sentiasa memenuhi citarasa dan selera kehendak penonton setia salurannya. Terbaharu penonton bakal dihiburkan dengan program santai menarik mengisi slot Aspirasi bertajuk “Senandung Kasih” yang mengimbau kembali lagu-lagu dan penyanyi zaman 40an seperti Ahmad CB, Mareoti, Babjan, Ali Aziz, A.Rahman, Nona Asiah, Momo Latif dan M.Yatim.

RTM

[pullquote]13 episod program terbitan Screenart Studio Sdn Bhd yang diarahkan oleh Suhaimi Abdul Rahman ini bermula dengan episod pengenalannya pada 18 April depan, setiap Jumaat, pukul 4.30 petang di TV1 menampilkan pengacara Alif Satar.[/pullquote]

Episod ini mengetengahkan lagu-lagu yang popular pada era 40an oleh penyanyi terkenal Ahmad CB, Mareoti, Babjan, Ali Aziz, A. Rahman, Nona Asiah, Momo Latif dan M.Yatim. Antara lagu yang akan didendangkan dalam episod ini adalah Fatimah Janda Muda dan juga Wal Hasil Balik Asal. Kisah disebalik semua lagu ini akan terungkai melalui wawancara bersama penulis lirik,penyanyi, komposer, dan penyampai radio seperti Yusnor Ef, Razzi M, Mohamad Hashim, Liza Yeoh dan Momo Latif.

Menyusul seterusnya episod-episod menarik menampilkan artis popular pada era sama iaitu Yusuf B, Zubir Said dan juga A.Rahman menerusi lagu seperti Nona Zaman Sekarang dan Bunga Telur Nasi Minyak. Kisah disebalik semua lagu ini akan terungkai melalui wawancara bersama penulis lirik,penyanyi, komposer, dan penyampai radio seperti Yusnor Ef, Zaleha, Kassim Masdor, Dato Zain Hamzah, Dr.Rohana, Momo Latif, Hamzah Tahir, Mat Sentol, dan Datin Julie Sudiro.

RTM

Imbau Kembali Lagu-Lagu dan Penyanyi era 40an Dalam 13 Episod Senandung Kasih di TV1

[dropcap]S[/dropcap]aksikan juga episod bersama artis Ahmad Jaafar dan Rokiah Wandah. Antara lagu yang akan dipaparkan dalam episod kali ini adalah Ikut Puasa dan Kisah Geylang Serai. Kemudiannya dekati artis Ali Aziz dan Jasni dengan lagu Tari Selendang dan Mak Bonda.

Nostalgia penyanyi dan lagu malar segar turut dimeriahkan dengan mengimbas kembali lagu-lagu seperti Tiru Macam Saya dan Ayah Dan Ibu nyanyian Momo Latif dan juga A.Rahman.

Ubati juga kerinduan terhadap lagu-lagu lama popular seperti Harapan Hatiku, ABC, Sayang di Sayang, Asmara Bergelora, Juwitaku Sayang, Ibu, Hassan dan Hasnah, Guridam Jiwa, Enjit-Enjit Semut, Aku Debuk, Menaruh Harapan dan Doa Buat Kekasih. Lagu-lagu ini dipopularkan oleh R.Azmi, Zainal Alam, Zubir Said, Tan Sri S.M Salim, Osman Ahmad, Abdullah Chik, Mat Sentol, Ahmad Jais, M.Osman dan Kassim Masdor juga Sudirman Haji Arshad.

RTM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sinopsis Novel Sonata Cinta Afro

Pemenang Pertandingan Mewarna Dapat Ke Tokyo Disneyland