in , ,

RTM Hargai Guru Dalam Telemovie HALILINTAR & JALAN LAIN KE SEKOLAH

Jasa dan pengorbanan guru dalam usaha membentuk generasi yang berwibawa tiada pernah ada penghujungnya. Sambutan Hari Guru yang diraikan saban tahun tanggal 16 Mei tahun ini pastinya berbeza bagi golongan pendidik ini.

Cabaran baru diterima di zaman tekonologi kini di mana akses kepada ilmu dan pendidikan hanya di hujung jari terutama sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa. Radio Televisyen Malaysia (RTM) menyatakan penghargaan kepada semua guru dalam dua telemovie khas iaitu “Halilintar”disiarkan pada 15 Mei ini, pukul 9.30 malam dan “Jalan Lain Ke Sekolah” esoknya, 16 Mei 2020, pukul 10.30 malam. Kedua-duanya menemui penonton saluran TV2.

Perkongsiannya disandarkan menerusi watak utama seorang guru Sains dan seorang guru seni mengharung cabaran menggalas tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka tanpa mengenal erti penat dan lelah.  

Poster Jalan Lain Ke Sekolah

Dalam telemovie “Halilintar” penonton dapat mengikuti kisah Cikgu Farid yang tidak dihargai pihak pengurusan sekolahnya. Situasi itu membuatkan dirinya bangkit mahu membuktikan yang dia bukan sekadar guru Sains biasa yang tidak berwawasan.

Apabila sebuah kejohanan peringkat negara, robotic dan drone racing diumumkan, dia cuba mengumpulkan sebuah pasukan pelajar-pelajar bermasalah untuk mencipta dan bertanding dalam kejohanan itu. 

Namun pada masa sama dia sebenarnya mempertaruhkan masa depannya kerana sekiranya gagal, dia mungkin kehilangan jawatan disandangnya. Begitu juga kepada kumpulan murid bermasalah itu yang terpaksa berdepan kenyataan akan kehilangan peluang untuk menjadi orang yang lebih sempurna. Ia dilakonkan Fathie Shafie, Joey Jeffrey, Nur Hadzryans, Firdaus Jenar dan Sahir Quluk.

Seterusnya dalam telemovie “Jalan Lain Ke Sekolah” pula memaparkan tentang semangat yang tidak kenal erti putus asa seorang guru seni, Cikgu Adam dalam memperkenalkan seni tarian di sekolah. Beliau bersungguh-sungguh menyuntik semangat juang pelajar yang berbakat untuk berjaya dalam tarian berprestij. Drama ini menampilkan lakonan Azam Pitt, Jovonia Jim Clarice, John Martha, Bibi Nor Sarah Jubar, Julien dan Mohd Khafie. 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin Fazura | 21

Bata Presents Gaya Raya with Fattah Amin & Fazura

Mus May | 22

Paduan Vokal Padu Mus May & Oney Lipan Bara Hasilkan Lagu WE FIGHT