in

RTM Bakal Siar Semula Program Popular Nostalgia

‘Slot Koleksi Emas’ Kembalikan Nostalgia Program Popular RTM Di TV1

Cuba ‘menghidupkan’ awal pagi penonton setia salurannya, Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghadiahkan tayangan program-program terbaik yang pernah mencetuskan fenomene sekitar tahun 80an khas untuk penonton seisi keluarga.

Mengisi slot ‘Koleksi Emas’ yang sedang bersiaran setiap hari, jam 1.00 pagi di TV1, saksikan variasi lima program secara berturut-turut bermula drama bersiri Opah (Selasa dan Rabu), Hang Setia (Khamis), Mekar Sejambak (Jumaat), Hiburan Minggu Ini (Sabtu dan Ahad) juga drama-drama menarik dalam Panggung RTM (Isnin).

HIBURAN MINGGU INI BERSAMA ELLA

Siapa yang tak kenal opah watak yang dicipta oleh A. Wahid Nasir? Opah bermula dalam siri Drama Minggu Ini pada tahun 1983. Pada tahun-tahun berikutnya Opah menjadi popular dan satu rancangan tunggak RTM. Watak utama dipegang oleh Zaiton Husein sebagai Opah, Khatijah Abu Hasan (Jenab), Zami Ismail (Dollah), Radzali Buyung (Osman), Normala Omar (Timah) isteri Osman, Muhamad Abdullah (Alang Yassin) dan Mustaffa Nor (Amar). Watak cucu Opah pula dilakonkan oleh Aziz M. Osman (Burn), Nornashriq Nornikman (Bob) dan Asdayanti Daut (Lina).

Siri Opah yang disiarkan selama 14 tahun mengutarakan falsafah kekeluargaan berteraskan budaya Melayu berlandaskan ajaran Islam. Opah dipaparkan sebagai seorang ibu tunggal yang kematian suami berjaya membesarkan empat anaknya yang turut diwarnai dengan ragam cucu-cucunya.

RTM sememangnya yang pertama dalam menyiarkan program-program menerapkan nilai-nilai Gagasan Malaysia. Buktinya menerusi tayangan program Hang Setia (1987) yang turut dipilih disiarkan semula untuk tontonan penonton terutama generasi kini. Jenaka Hang Setia menceritakan tentang kehidupan di sebuah kampung pada zaman kesultanan Melayu dulu-dulu dengan watak-watak bernama Sang Samba, Sang Gopoh, Dang Damai, Hang Utama dan Hang Setia.

Pelakon-pelakonnya semua dianggap pelawak terkenal ketika itu seperti Hamid Gurkha, R. Jaafar, Norlia Ghani, Rominah Sidek dan turut serta P. Param dan Tan Ting untuk menghidupkan suasana muhibbah ala RTM.

Kemudiannya diikuti sebuah program yang pernah popular suatu masa dulu, Mekar Sejambak yang menjadi pilihan utama penggemar program berbentuk hiburan. Antara artis yang muncul dalam program ini termasuklah Razis Ismail, Ebby Saiful, Faizal Hussein, Fareez, Ramlah Ram, Sara Loo, Salwa Abdul Rahman Noraniza Idris.

Hujung minggu pula berhibur bersama program Hiburan Minggu Ini atau lebih dikenali sebagai HMI merupakan rancangan terbitan RTM yang amat berpengaruh suatu ketika dahulu. Boleh dikatakan sebahagian besar artis mahu muncul dalam rancangan ini khususnya semasa mereka hadir dengan produk baru sebagai platform utama mempromosikan lagu mereka. Pihak produksi HMI biasanya lebih mengutamakan lagu-lagu atau artis-artis yang sedang popular untuk muncul dalam rancangan ini.

Penggemar drama Melayu pula, luangkan masa menyaksikan Panggung RTM dimana ianya dianggap sebagai tugasan yang sangat mencabar bagi saorang Penerbit/Pengarah TV menerbitkan drama yangs sarat isu kemasyarakatan. Panggung RTM diwujudkan bagi mengatasi kekurangan cereka filem Melayu untuk saluran RTM waktu itu.

Saksikan program-program terbaik ini hanya di TV1.

Opah- 08.15.1978

Opah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MOSTI & KRU Academy Melancarkan KREATIF X-PRESS

Siti Saleha New Palmolive Brand Ambassador