in ,

MOSTI & KRU Academy Melancarkan KREATIF X-PRESS

MOSTI Dengan Kerjasama Kru Academy Melancarkan KREATIF X-PRESS

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) dengan kerjasama KRU Academy telah melancarkan program “Kreatif X-Press” pada hari ini di SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Merlimau, Melaka. Program ceramah kerjaya dan bengkel bergerak bagi memperkenalkan Industri Kreatif ini merangkumi lapan buah bandar di Semenanjung Malaysia, dengan destinasi terakhirnya dijadualkan berlangsung di Pekan, Pahang pada 8hb November 2012.

Kx Melaka 5

Matlamat penganjuran Kreatif X-Press, yang selaras dengan visi MOSTI, adalah:-
1. Menggalakkan pemikiran kreatif serta mempromosikan inovasi, dan pada masa yang sama mencungkil bakat-bakat baru di Malaysia;
2. Menyokong Program Transformasi Ekonomi (ETP) berkaitan Industri Kreatif ke arah pencapaian ekonomi berpendapatan tinggi;
3. Mendedahkan kepada para murid tentang potensi kerjaya didalam Industri Kreatif (khususnya animasi) dan menjadikannya sebagai kerjaya pilihan;
4. Menyokong pertumbukan Industri Kreatif Malaysia melalui program pembangunan serta latihan sumber manusia; dan
5. Memperkasakan Industri Kreatif melalui pendedahan kepada orang awam serta memertabatkan appresiasi kandungan kreatif.

KREATIF X-PRESS bermaksud, X-pressi kreativiti, pembelajaran X-press, dan program promosi bergerak (road tour) X-press. Ide projek ini berkonsepkan bengkel bergerak, dimana kru Kreatif X-Press akan menganjurkan program selama dua hari disetiap destinasi.

Para penceramah akan membentangkan ilustrasi secara visual dan lisan; dan pada akhir sessi murid terpilih akan menyertai bengkel animasi 2D selama satu hari. Pembentangan serta ceramah disampaikan oleh pakar Industri Kreatif serta pensyarah-pensyarah KRU Academy didalam format yang mudah difahami seperti tayangan klip video dan penyampaian maklumat yang boleh menarik minat generasi muda untuk memilih kerjaya didalam bidang animasi 2D, 3D serta kesan khas visual (VFX).

Pada akhir program ceramah kerjaya, sekumpulan murid akan dipilih untuk menjalani ujian melukis dan daripada kumpulan tersebut, 15 murid akan dipilih untuk menyertai bengkel animasi 2D untuk program animasi asas. 15 murid ini juga akan menerima sijil penyertaan “Kreatif X-Press” yang dikeluarkan oleh KRU Academy.

Dalam tempoh sebulan program ini berlangsung, sejumlah 2,400 murid disasarkan bakal menyertai ceramah kerjaya Kreatif X-Press, daripadanya 480 murid bakal menduduki ujian melukis dan 120 akan mendapat peluang keemasan untuk menyertai bengkel asas animasi 2D. Selain dari SMK Dato’ Abdul Rahman Yaakub, Merlimau, Melaka, Kreatif X-Press juga akan mengadakan program ini di tujuh buah sekolah lagi seperti berikut: –

1. SMK Munshi Sulaiman, Batu Pahat, Johor pada 17 & 18 Oktober;
2. SMK Raja Lope Nor Rashid, Tanjong Piandang, Perak pada 19 & 20 Oktober;
3. SMK Siong, Baling, Kedah pada 28 & 29 Oktober;
4. SMK Tengku Sulaiman, Bukit Keteri, Perlis pada 30 &31 Oktober;
5. SMK Teluk Bahang, Bahang, Penang pada 1 & 2 November;
6. SMK Kuala Besut, Besut, Terengganu pada 4 & 5 November; dan
7. SMK Peramu Jaya, Pekan, Pahang pada 7 & 8 November 2012.

Menurut Puan Hajjah Salmah bte Tahar, Pengetua bagi SMK Dato’ Abdul Rahman, Merlimau “Kami amat berterima kasih kepada MOSTI kerana memilih sekolah kami untuk melancarkan program yang begitu bermakna ini untuk mencetus budaya kreativiti serta inovasi dikalangan murid untuk berjaya didalam kehidupan mereka.

Ceramah oleh Yusry Abdul Halim dari KRU Studios serta para pensyarah dari KRU Academy adalah amat mengagumkan dan saya berharap pihak MOSTI dan KRU Academy akan terus menganjurkan program ini dimasa-masa yang akan datang khususnya bagi menarik minat generasi muda untuk menyertai Industri Kreatif.”

“Sebagai sebuah kolej professional, KRU Academy amat komited untuk terus mencungkil dan mengilap bakat generasi muda untuk menyertai Industri Kreatif. Kursus vokasional kami telah dibentuk oleh para professional industri diperingkat tempatan dan antarabangsa; dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia Malaysia. Lapan buah sekolah menengah yang terpilih di Semenanjung Malaysia bagi proram 2012 ini merupakan program perintis kami; dan kami berharap dapat menganjurkan program ini dilebih banyak sekolah mulai 2013 termasuk di Sabah dan Sarawak” ujar Prof Harold Thwaites, Ketua Pegawai Eksekutif KRU Academy.

Kx Melaka 4

Mosti &Amp; Kru Academy Melancarkan Kreatif X-Press

Kx Melaka 3

Kx Melaka 6

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

A. Aida Mahu Teliti Permintaan Suami Sebelum Cerai

RTM Bakal Siar Semula Program Popular Nostalgia