in , ,

RTM Angkat Wira Negara Dalam Negaraku: Budaya, Warisan & Masa Depan 

Perkongsian tajuk ‘Baba Nyonya’ pula mengajak orang ramai mengenali Nyonya Debbie Teoh (Cef Selebriti Masakan Nyonya), Datuk Ronald Chan (Presiden Persatuan Baba Nyonya Malaysia), Nyonya Amy Koh (Pemilik Restoran) dan Lee Yuen Thien (Pengurus Muzium Baba & Nyonya Melaka).

Mengangkat kisah pencapaian dan kejayaan rakyat Malaysia atau ikon yang boleh dianggap ‘wira‘ dalam bidang yang mereka ceburi, Radio Televisyen Malaysia (RTM) sememangnya berbangga dapat berkongsikan program bertajuk “Negaraku: Budaya, Warisan dan Masa Depan”, mulai 23 Ogos ini, setiap Rabu hingga Jumaat, pukul 6.00 petang di TV Okey.

Mengisi slot Lensa Okey, program ini dilihat mampu menjentik hati dan perasaan golongan muda masa depan supaya terus mencipta kejayaan yang bukan sahaja membanggakan keluarga malahan negara tercinta. 

Banyak kejayaan yang dapat diinspirasikan termasuklah fokus kepada topik utama berkaitan ‘Penjagaan Kesihatan Mampu Milik’ turut diberi tumpuan dan bersama Puan Salina binti Long (Pengurus Besar Hospital Pakar Kuala Terengganu), Dr. Mohamad Yusof Md. Kassim (Pengarah Medikal) dan Dr Ahmad Suhaimi Mustafa (Doktor Pakar Jantung).

POSTER DOKUMENTARI INI

Manakala dalam tajuk ‘Arkitek Lanskap Negara’ perkongsian bersama-sama LAr. Siti Maisarah Salahudin (Pengarah Bersekutu Walrus Design Sdn Bhd), Prof. Madya LAr. Dr. Suhardi Maulan (Presiden, Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM)) dan LAr. Tammy Wong Wei Ting (Arkitek Lanskap Kanan Walrus Design Sdn Bhd).

Dalami ilmu menerusi topik ‘Amanah Zakat Baitulmal’ bersama En. Ahmad Talmizi Bin Yahaya (Pengurus Bahagian Baitulmal, MAIWP). Nurhanim binti Mohammed Daud (Peguam Persekutuan Di Jabatan Peguam Negara) dan Prof.Dr.Wan Mohd Azizi Bin Wan Sulaiman (Naib Canselor & Ketua Pegawai Eksekutif)

Menarik dikongsikan berkaitan seni dan muzik dalam topik ‘Animasi Negara’ bersama warga kerja di sebalik Didi & Friends, dan Omar & Hana. Bersama Sinan Ismail dan Hairulfaizalizwan Ahmad Sofian, Fadilah Ab. Rahman, Chedd Yusoff dan Nabil Baharum. Diikuti ‘Seni Grafiti’ bersama Abdulrashade (Artis Grafiti), Haizal Bin Jamil (Artis Mural) dan Muhammad Perol Idham (Artis Grafiti)

Aspirasi kejayaan bersama Fauziah Gambus merupakan penyanyi dan pemain gambus terkenal Malaysia menerusi fokus ‘Ratu Gambus Negara’. Sementara itu dalam topik ‘Muzik Tradisional’ menemubual tetamu Mohd Hisharudy Bin Mahmud (Rebab & Rebana Dikir), Nik Mohd Izzham Bin Che Man (Rebab & Serunai), Abdillah Firlany Malik (Pengarah Muzik & Penyelidik), Nur Diana Nadhirah dan Teuku Umar Ilany Teuku Iskandar (Pengasas Bersama Gangsapura), Tuan Haji Tun Ahmad Faisal B. Tun Abdul Razak dan En Abdul Khalil Hassan (Pak Bob) (Adiguru PUTRA, ASWARA).

Keunikan dijanjikan dalam menarik minat remaja dalam bidang tradisional yang meninjau Kapal Tradisional Terengganu bersama Pok Awi, Pembuat Kapal Tradisional. Seterusnya bersama-sama individu dikenli sebagai Abe Nuar, Pembuat Wau Kelantan Tradisional.

Perkongsian tajuk ‘Baba Nyonya’ pula mengajak orang ramai mengenali Nyonya Debbie Teoh (Cef Selebriti Masakan Nyonya), Datuk Ronald Chan (Presiden Persatuan Baba Nyonya Malaysia), Nyonya Amy Koh (Pemilik Restoran) dan Lee Yuen Thien (Pengurus Muzium Baba & Nyonya Melaka).

Begitu dekat di hati golongan muda, kejayaan dalam bidang sukan turut ditonjolkan iaitu episod ‘Pendaki Gunung Negara’ bersama Azim Afif (Pendaki Gunung Everest), tajuk ‘Besbol Wanita Malaysia’ bersama Sazali bin Husin (Presiden Persekutuan Besbol Malaysia), serta pemain-pemain besbol Malaysia, Candy Li Jia En (Pemain Besbol Malaysia Antarabangsa) dan Nur Afrina (Pemain Besbol Wanita). Ikuti juga topik ‘Pemangkin Bola Sepak Negara’ bersama Hiroshi Hamada (Pemangkin Bola Sepak Malaysia).

Kepada yang terlepas menyaksikan siarannya di TV, boleh juga menonton menerusi platform RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MONOLOQUE

MonoloQue Ajak Anda Menikmati Single Mengapa Dikenang Mengapa Difikir

SHEILA MAJID

Peraduan Menangi Tiket Ke Konsert Sheila Majid Big Band Live In Sabah