in , ,

Peraduan Menangi Tiket Ke Konsert Sheila Majid Big Band Live In Sabah

Kepada Anda Yang Berminat, Jom Sertai Peraduan Menangi Dua Pas Jemputan Ke Konsert Peraduan Menangi Tiket Ke Konsert Sheila Majid Big Band Live In Sabah Pada 12 Ogos ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu. Budiey ada 10 pasang tiket DIAMOND dan 10 pasang tiket PLATINUM Untuk Dihadiahkan!

Penyanyi tersohor atau lebih dikenali sebagai Ratu Jazz Negara, Datuk Sheila Majid bakal mengadakan konsert secara eksklusif di Sabah pada 12 Ogos ini.

Dato’ Sheila Majid menunaikan janjinya apabila Sheila Majid Big Band Live In Kuala Lumpur bukanlah satu-satunya konsert yang dianjurkan pada tahun ini, kerana beliau pernah mengatakan tidak akan menolak seandainya konsep yang sama dibawa keluar daripada Kuala Lumpur.

Firm Horizon Sdn. Bhd. dan AL Activators Sdn. Bhd. yang menjadi penganjur akan mengadakan konsert ‘Sheila Majid Big Band Live In Kota Kinabalu’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC).

Konsert Sheila Majid BIG BAND Live in Kuala Lumpur 2023

Konsert ini membawa konsep Big Band bersama 17 pemuzik berbakat di bawah pimpinan Pengarah Muzik Mac Chew.

Konsert Sheila Majid Big Band Live secara eksklusif kepada peminat di Borneo terutamanya di Kota Kinabalu selepas mempertimbangkan semua faktor termasuk jumlah peminat Sheila Majid yang ramai serta kejayaan konsertnya pada Mac lalu di Kuala Lumpur.

Konsert yang dinantikan itu turut menerima sokongan penuh dari Love Vibrant KK, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), dan Pejabat Ketua Menteri Sabah.

Harga tiket adalah RM238 (Gold), RM388 (Platinum), RM588 (Diamond), dan RM738 (VIP).

Peraduan Menangi Tiket Ke Konsert Sheila Majid Big Band Live In Sabah

Peraduan Menangi Tiket Ke Konsert Sheila Majid Big Band Live In Sabah

Kepada pembaca yang nak menonton Sheila Majid Big Band Live In Kota Kinabalu, Sabah, Budiey mahu mencari 20 orang pembaca untuk hadir menonton konsert ini pada 12 Ogos 2023 jam 8.30 malam. 

Budiey ada 10  pasang tiket DIAMOND dan 10 pasang tiket PLATINUM Untuk Dihadiahkan!

Setiap pemenang akan diberikan 2 tiket percuma Sheila Majid Big Band Live In Kota Kinabalu, Sabah untuk menonton konsert ini.

Saya mahu menonton kerana….(tidak lebih dari 100 perkataan)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Alamat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: budiey_ismas[at]yahoo.com

dengan tajuk email: Peraduan Sheila Majid Big Band Live In Sabah

Tarikh tutup peraduan:
12 Ogos 2023 Jam 2 petang

10 orang pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Terima kasih Firm Horizon Sdn. Bhd. dan AL Activators Sdn. Bhd atas penajaan tiket jemputan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Angkat Wira Negara Dalam Negaraku: Budaya, Warisan & Masa Depan 

Pertandingan Filem Pendek Canon 2023 Memperkasakan Bakat Baharu