in ,

Rozita Che Wan Jawab Isu Elak Bayar Cukai

Pelakon Rozita Che Wan, 43, menafikan dakwaan netizen kononnya beliau tidak membayar cukai sehingga disekat daripada mengembara ke luar negara buat sementara waktu. Menurutnya, beliau tidak lupa menunaikan tanggungjawab sebagai warga negara dengan membayar cukai yang dikenakan ke atas dirinya.

“Saya bukannya tidak membayar cukai, selama ini. Seperti biasa, saya membayar cukai terkini. Begitupun, tidak dinafikan masih ada sejumlah tunggakan daripada cukai terdahulu.

“Saya tahu dan sedar tanggungjawab saya. Memang saya kena bayar cukai seperti orang lain juga. Cuma, jumlah tunggakan cukai yang perlu saya bayar adalah besar nilainya.

“Saya pula belum mampu untuk menjelaskan bayarannya secara sekali gus. Saya juga sudah mengadakan pertemuan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berhubung perkara ini,”

Semalam, Rozita memberitahu hajatnya untuk membawa anak kecilnya, Aaisyah Dhia Rana, menyambut hari lahir keduanya di London, England tidak kesampaian apabila disekat buat sementara daripada mengembara ke luar negara berikutan masalah tunggakan cukai dihadapinya.

Justeru, majlis yang sudah dirancang berkenaan diadakan di sebuah hotel terkemuka di ibu kota, semalam dengan dihadiri keluarga dan kenalan rapat selebriti wanita jelita itu. Menurut Rozita lagi, beliau juga sudah melantik ejen percukaian untuk memudahkan urusannya dalam hal berkenaan.

“Saya menyerahkan 100 peratus urusan pembayaran cukai kepada ejen yang dilantik. Sehingga ini, sudah tiga khidmat ejen percukaian berbeza saya gunakan untuk tujuan itu.

“Ejen pertama dan kedua tidak melakukan tugas mereka sebaik mungkin. Saya harap ejen ketiga ini boleh membantu saya keluar daripada masalah itu,” katanya.

Sumber: Berita Harian

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Konsert Krisdayanti ROMANSA di Istana Budaya

Aiman Tino

Muzik Muzik Separuh Akhir 31 Berlangsung Esok