in ,

Royal Canin Perkenal Hematuria Detection, Kenal Pasti Penyakit Urinari Untuk Kucing di Peringkat Awal

Diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia, Hematuria Detection adalah penyelesaian canggih yang membolehkan pengesanan awal penyakit urinari kucing di rumah

Royal Canin terus menjadikan dunia lebih baik bagi haiwan peliharaan dengan memperkenalkan Hematuria Detection buat pertama kali di Malaysia. Hematuria Detection ini adalah butir-butir kecil yang membolehkan pengesanan awal darah mikroskopik di dalam air kencing kucing dan dapat dilakukan di rumah. 

Dr. Kavindaran Krisnasamy, Pengurus Komunikasi Saintifik di Royal Canin Malaysia yang juga merupakan seorang doktor veterinar, berkata: “Hematuria atau kencing berdarah adalah satu daripada petanda klinikal penyakit saluran kencing bahagian bawah kucing (FLUTD). Ia mungkin menunjukkan keadaan dalaman yang serius. FLUTD biasanya berlaku dalam kalangan kucing dewasa berusia muda hingga pertengahan umur tetapi ia juga boleh dihidapi kucing tidak kira usia, jantina atau baka disebabkan pelbagai punca kemungkinan. Disebabkan sifat atau tabiat semula jadi, kucing adalah haiwan yang pandai berahsia dan sering menyorok petanda penyakit atau kesakitan. Lazimnya pemilik hanya dapat mengetahui penyakit kucing pada tahap kritikal, yang mungkin sudah terlambat atau sukar bagi kucing untuk menerima rawatan. Oleh itu, pengesanan awal dan diagnosis hematuria adalah penting bagi kesejahteraan kucing.”

ROYAL CANIN

Taburkan butir-butir Hematuria Detection ke atas pasir kucing dan butir-butir ini akan bertukar ke warna biru jika kesan darah mikroskopik ditemukan di dalam air kencing kucing

Dalam kebanyakan kes, kewujudan darah di dalam air kencing tidak mudah dikesan dengan mata kasar. Secara tradisional, doktor veterinar mengesan FLUTD menerusi sampel air kencing (yang harus didapati ketika kucing sedang membuang air kecil) atau menerusi pemeriksaan fizikal. Proses-proses ini boleh memberi tekanan kepada pemilik dan kucing.

ROYAL CANIN

ROYAL CANIN® Hematuria Detection, produk yang dipreskripsi oleh doktor veterinar ini adalah mudah untuk digunakan tanpa menganggu rutin harian kucing atau menyebabkannya tertekan. Semua pemilik haiwan peliharaan boleh mengikuti tiga langkah mudah ini:

1. Tabur: Tabur secara rata butir-butir putih di atas pasir kucing dan tunggu sehingga kucing anda membuang air kecil.

2. Periksa: Selepas itu, periksa bekas pasir kucing tersebut. Jika butir-butir tadi berubah warna dari putih kepada biru dalam beberapa saat, ini menunjukkan air kencing kucing mengandungi darah dan berkemungkinan kucing anda menghidapi FLUTD. 

3. Dapatkan nasihat: Hubungi doktor veterinar jika butir-butir itu berwarna biru bagi mengesahkan keputusan dan menentukan langkah seterusnya.

ROYAL CANIN

Teknologi inovatif di dalam Hematuria Detection menjadikannya produk yang boleh dipercayai kerana ia membolehkan pengesanan mikrohematuria, iaitu bilangan darah yang kecil di dalam air kencing yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar. Produk ini didatangkan dalam dua uncang seberat 20g untuk setiap satu, mengandungi butir-butir yang mudah untuk disimpan oleh pemilik haiwan peliharaan. Dibangunkan dengan teknologi dari Blücare Lab, pembangun ujian biomarker dari Kanada untuk kucing dan anjing, Hematuria Detection diperbuat daripada formula yang selamat bagi memberikan ketenangan minda kepada pemilik haiwan peliharaan ketika menggunakan produk tersebut.

Produk ROYAL CANIN® Hematuria Detection boleh didapati di klinik-klinik veterinar dan hanya melalui prekripsi oleh doktor veterinar. Penyelesaian di rumah ini membolehkan pemilik haiwan peliharaan dan doktor veterinar bekerjasama untuk mengurus kesihatan haiwan peliharaan mereka dengan lebih baik.

Royal Canin turut memperkenalkan FHN Sterilised Wet Pouch pilihan tambahan kepada makanan kering bagi mengekalkan kesihatan baik untuk kucing yang dimandulkan   

Ini sangat penting kerana penyakit berkaitan urinari sering berulang. Kajian menunjukkan bahawa 50% kucing yang didiagnos dengan FLUTD mengalami simptom berulang dalam tempoh setahun mereka didiagnos (1). Oleh itu, pemilik kucing disarankan untuk melakukan pemantauan dengan lebih kerap. Pemilik haiwan peliharaan dinasihatkan supaya memberi perhatian teliti terhadap kucing mereka terutama selepas dimandulkan. Sementara pemandulan mempunyai manfaat besar bagi kucing, ia juga penting bagi pemilik haiwan menyediakan nutrisi yang sesuai selepas kucing dimandulkan bagi mengelak masalah seperti isu-isu penyakit saluran kencing, obesiti, dan sakit sendi.

BUDIEY ROYAL CANIN

Pasca pemandulan, metabolisme kucing akan berubah. Perubahan diet diperlukan bagi memastikan kucing berkenaan memperoleh keseimbangan nutrisi yang tepat dan mengekalkan berat badan yang ideal dan pada masa sama, mengekalkan jisim otot yang baik.

Sebagai pakar di dalam nutrisi haiwan peliharaan, Royal Canin memahami keperluan haiwan peliharaan bagi memastikan mereka sihat dan memiliki kehidupan bahagia. Inilah sebabnya mengapa Royal Canin memperkenalkan FHN Sterilised yang secara khusus memenuhi keperluan kucing dimandulkan, termasuk membantu mereka mengekalkan sistem urinari yang sihat.

ROYAL CANIN® FHN Sterilised adalah tinggi dari segi kandungan protein dan diperkayakan dengan L-Carnitine bagi memenuhi keperluan nutrisi kucing dewasa yang telah dimandulkan. Bagi memberi lebih pilihan dan memenuhi selera setiap kucing, Royal Canin telah memperkenalkan ROYAL CANIN® Sterilised Wet Pouch, makanan basah untuk si kucing. Ini adalah pilihan tambahan kepada makanan kering yang telah dilancarkan pada tahun lepas. Makanan basah dan makanan kering yang menyelerakan ini diformulasi bagi menyediakan diet dengan nutrisi optimum untuk kucing mengikut keperluan dan gaya hidup mereka.

Makanan kering dan makanan basah ROYAL CANIN® FHN Sterilised boleh diperoleh di kedai haiwan yang sah dan kedai dalam talian rasmi Royal Canin Malaysia di Shopee dan Lazada. Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://www.royalcanin.com/my atau aplikasi telefon Royal Canin Club https://www.royalcanin.com/my/royal-canin-club di Apple App Store dan Android Google Play.  

(1) Cameron, ME., Casey, RA., Bradshaw, JWS., Waran, NK., & Gunn-Moore, DA. (2004). A study of environmental and behavioural factors that may be associated with feline idiopathic cystitis. Journal of Small Animal Practice, 45 (3), 144 – 147. 

BUDIEY ROYAL CANIN

# # #

Mengenai Royal Canin:

The Royal Canin Company, pemilik jenama ROYAL CANIN® , merupakan satu divisyen Mars Petcare dan peneraju global di dalam khasiat kesihatan untuk kucing dan anjing.

Ditubuhkan lebih 50 tahun lalu oleh seorang doktor veterinar Perancis, Dr. Jean Cathary, matlamat Royal Canin ialah menjadikan Dunia Lebih Baik Untuk Haiwan Peliharaan (A BETTER WORLD FOR PETS™) dengan mengembangkan pengetahuan dan khasiat makanan secara perkongsian dengan profesional dan pakar haiwan peliharaan.

Royal Canin bekerja rapat dengan profesional haiwan peliharaan, seperti pakar veterinar dan penternak, bukan sahaja untuk mereka cipta khasiat paling khusus untuk kucing dan anjing tetapi juga membangunkan pelbagai perkhidmatan, alat-alat pemantauan dan diagnostik untuk membantu memahami dan menjaga lebih baik haiwan-haiwan tersebut.

Pendekatan uniknya sentiasa meletakkan keperluan makanan berkhasiat kucing dan anjing sebagai nadi kepada proses inovasi. Umur mereka, gaya hidup, saiz, jenis baka, sensitiviti dan tahap aktiviti adalah dikaji menerusi sains dan pemerhatian bagi menghasilkan diet-diet untuk keperluan khusus setiap haiwan peliharaan. Syarikat mempercepatkan amalan lestari, terutama dari segi penyumberan berwibawa, pelepasan asap dan pengurangan sisa serta penggunaan pembungkusan lestari.

Beroperasi di lebih daripada 100 pasaran, Royal Canin memiliki 8,300 sekutu, termasuk 500 doktor veterinar dan pakar pemakanan. Ia juga mengendalikan 16 kilang di seluruh dunia, 1 pusat penyelidikan dan pembangunan, 2 pusat inovasi dan 4 makmal. Produk berkhasiat Royal Canin boleh didapati di kedai peruncit khas haiwan peliharaan dan penyedia perkhidmatan veterinar di seluruh dunia.

Di luar Eropah, syarikat Royal Canin juga memiliki jenama Eukanuba TM – makanan berkhasiat berprestasi tinggi untuk anjing. Bagi mengetahui lebih lagi mengenai syarikat Royal Canin, lawati http://www.royalcanin.com/.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Siti Nordiana Berbesar Hati Nyanyi Lagu CUKUP DERITA ITU Nukilan Tam Spider & Siti Rosmizah

Sekitar Acara Pelancaran Irama Aidilfitri & Video Muzik Habib Yang Pertama