in , ,

Rosyam Sedih Dituduh Barua Akui Miliki 10% Saham

Pelakon Datuk Rosyam Nor mengadakan sidang media pada petang ini bagi menjelaskan isu berhubung pasar raya ST Rosyam Mart. Sesi sidang media ini diadakan di ibu pejabat ST Rosyam Nor di Setiawangsa. Jom baca!

Susulan isu yang tular di media sosial mengatakan pasar raya ST Rosyam Mart kononnya dimiliki oleh peniaga bukan Melayu, Rosyam Nor telah pun buat laporan polis semalam iaitu 4 Januari 2019 walaupun tidak ingin mengambil tindakan atau menyaman terhadap individu yang telah menyebarkan fitnah di laman sosial.

Laporan polis telah dibuat semalam terhadap individu yang menggelarkan dirinya dengan gelaran bersifat perkauman dan melemparkan tuduhan tak berasas kepada bapa kepada Pengarah Sri Ternak Group, Ho Ah Chai.

Sidang Media Datuk Rosyam Nur
Datuk Rosyam bersama rakan kongsi, Pengarah Sri Ternak Group, Ho Ah Chai dan bapanya (sebelah kiri).

Menurut Rosyam, dia terpaksa buat laporan polis dan mengadakan sidang akhbar pada hari ini sebab dia rasa malu dengan rakan kongsinya disebabkan dakwaan tersebut.

Tonton Video Sidang Media Secara LIVE:

“Saya terpaksa buat macam ni sebab individu tersebut telah merosakkan nama Rosyam. Selain itu, saya turut buat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook bernama Mohd Fauzi yang menuduh bapa kepada Raymond bekerja sebagai pengedar dadah.”

“Sebelum ini pun saya tak pernah ambil tindakan macam ni walaupun ada orang cakap macam-macam pasal saya. Kononnya saya ni mencemuh kepimpinan Pakatan Harapan dan Perdana Menteri Malaysia. Di mana semua dakwaan itu tak betul. Mungkin ada orang menyamar jadi saya, saya pun tak pasti.”

“Saya rasa malu dengan rakan kongsi saya. Selama 70 tahun mereka dalam bidang perniagaan runcit tak pernah mereka menerima tuduhan dan fitnah macam ni. 

– Datuk Rosyam Nor

Selain media dan blogger, sidang media ini turut dihadiri pihak ST Rosyam Mart Sdn Bhd.

Semasa sidang media, Rosyam Nor dengan nada sedih, beliau cukup terguris dan terkesan dengan gelaran ‘barua’ oleh segelintir netizen di laman sosial. Barua bermaksud penipu atau suka menyeleweng. Ini satu kata-kata yang cukup kesat.

Sidang Media Datuk Rosyam Nur

Rosyam Sedih Dituduh ‘Barua’

Rosyam mengakui hanya 10 peratus saham dalam syarikat pasaraya itu dan selebihnya dimiliki oleh Pengarah Sri Ternak Group Sdn Bhd, Datuk Raymond Ho Cheng Hann dan adiknya, Alan Ho Cheng Yek.

“Perkataan ‘barua’ tu membuatkan saya dan keluarga rasa sedih. Kalau lain-lain kecaman tu saya boleh terima lagi. Sedih dan malu rasa sebab niat saya untuk bantu orang Melayu, dapatkan barangan murah tapi lain pulak jadinya.”

“Saya nak tegaskan kat sini, saya bukannya duta untuk ST Rosyam Mart seperti yang didakwa oleh netizen di laman sosial tu. Saya ada 10 peratus saham dan selebihnya milik Datuk Raymond dan adiknya.”

“Selama ini, saya tak pernah mengatakan ST Rosyam Mart tu adalah milik saya sepenuhnya. Tapi ia adalah gabungan saya dan syarikat Sri Ternak.”

– Datuk Rosyam Nor

Rosyam Nor percaya ada hikmah dari setiap apa yang berlaku. Selain cuba bersabar, isu ini tidak menjejaskan langsung jualan ST Rosyam Mart malah ramai orang yang belum mengenali pasaraya ini mulai membuka mata dan ramai yang berkunjung ke sana untuk cuba melihat dan membeli barang.

Sidang Media Datuk Rosyam Nur

Menurut Rosyam Nor, beliau tidak sekali kali putus semangat malah apa yang berlaku membuatkan beliau mahu melangkah dan berani menghadapi cabaran seterusnya.

Pasar raya ST Rosyam Mart yang dibuka 24 jam sehari mula beroperasi di Setiawangsa sejak pertengahan tahun lalu.

Pasar raya ini pernah diserbu pelanggan kerana menawarkan seekor ayam dengan harga 88 sen sahaja.

Dalam temu bual dengan media sebelum ini, Rosyam dilaporkan berkata, ST Rosyam Mart merupakan cubaan pertamanya membuka pusat borong dengan usaha sama syarikat Sri Ternak.

Apa yang Budiey harapkan, agar perkara dan isu ini dapat diselesaikan dengan baik. Kadang-kadang berdiam diri adalah jalan terbaik tapi kalau dah naik atas kepala, memang kurang ajar dan terpaksa mengambil jalan yang lebih berkesan.

Sidang Media Datuk Rosyam Nur
Sidang Media Datuk Rosyam Nur
Sidang Media Datuk Rosyam Nur
Sidang Media Datuk Rosyam Nur

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nak Berniaga Pun, Jangan Sampai Memfitnah – Nora Danish

16 BARIS, Joe Flizzow di Kritik Hebat di Acara BACK ON TRACK VOLUME II