in

Rodeo Malaysia MAHA 2008 Serdang Selangor

Satu majlis Pelancaran Rodeo Malaysia telah diadakan di Restoran Saloma Bistro pada 24 Jun 2008 (Selasa) jam 3 petang. Ianya dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed.

Tahukah pembaca semua apa itu rodeo? Rodeo ialah pertandingan menunggang lembu dan kuda liar. Untuk info lanjut, sila klik sini.

Rodeo Malaysia 2008 akan diadakan pada 11 hingga 23 Ogos 2007 bersempena dengan MAHA 2008 (Malaysian Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show 2008) dengan anjuran Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Pertama kalinya di Malaysia dan rantau Asean, Rodeo Malaysia diadakan di pusat pameran MAHA, Serdang, Selangor.

Dua juta orang dijangka mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2008 yang memperkenalkan acara baru pertandingan menunggang lembu dan kuda liar atau rodeo.

Pertandingan tersebut dianjurkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) sempena MAHA 2008 yang akan berlangsung di Taman Pameran Pertanian Malaysia (TPPM), Serdang dekat sini pada 11 hingga 23 Ogos ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed berkata, 40 pakar rodeo dari Australia bakal berentap untuk menjinakkan 20 haiwan liar dalam pertandingan itu.

”Saya yakin pertandingan yang unik ini mampu menarik kedatangan lebih ramai pengunjung dari dalam dan luar negara,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis pelancaran Rodeo Malaysia 2008 di sini hari ini.

Sembilan acara bakal dipertandingkan termasuk menunggang lembu liar serta memburu sasaran hidup seperti kambing sambil menunggang kuda.

Sebarang pertanyaan mengenai Rodeo Malaysia 2008, hubungi Warisan Advertising Sdn. Bhd. di talian 03-42527279/7280 atau faks 03-4252 7281 atau emel [email protected].

Info lanjut di: http://rodeomalaysia.com

[tags]c[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini beliau aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sneak Preview Pelancaran Album Aizat Percubaan Pertama

Drama Romeo Arahan Aziz M. Osman di TV3