in ,

Realiti Di Sebalik Populariti Dalam Rockstar di TV2

Saksikan suka duka seorang penyanyi rock sebelum menggapai impian untuk menjadi penyanyi rock terkenal dalam filem “Rockstar”, menemui penonton dalam slot Bollygood, pada 7 Mac, pukul 9.30 malam di TV2.

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Ranbir Kapoor, Nargis Fakhri, Aditi Rao Hydari, Kumud Mishra dan Piyush Misra. Kisah garapan Imtiaz Ali ini mengetengahkan watak Jordan atau Janardhan Jhakar, JJ berasal dari Delhi. Jordan bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang penyanyi rock terkenal seperti idolanya, Jim Morrison, tetapi impiannya selalu ditertawakan oleh teman-temannya.

Khatana memberitahu kepada JJ satu perkara yang biasa terjadi dalam kalangan artis adalah patah hati. JJ tidak pernah mengalami perkara seperti itu dan dia beranggapan dia tidak akan berjaya jika tidak merasakannya. Kemudian dia terlihat seorang gadis cantik yang sedang berlatih menari untuk menyertai pertandingan Shut Up & Dance.

JJ dan kawan-kawannya pergi menonton pertunjukan Heer Kaul, seorang gadis dari St Stephen College dan mendengar khabar angin Heer seorang pematah hati. JJ terus teringat kata-kata Khatana dan mengambil keputusan untuk pergi melamar Heer menjadi kekasihnya, tetapi dia dimalukan oleh Heer. JJ menganggap itu sebagai langkah yang sempurna untuk menyebabkan dia kecewa dan patah hati.

Namun, hari demi hari JJ dan Heer menjadi semakin rapat. Mereka sering menghabiskan masa bersama. Tidak lama selepas itu, Heer bertunang dengan Jai dan akhirnya berkahwin di Kashmir. Hidup JJ mula berubah mulai saat itu. Dia dihalau dari rumah keluarganya kerana dituduh mencuri dan tinggal sementara di rumah Khatana. Dia juga turut menyanyi di kaki lima di Dargah untuk menyara dirinya.

Hidup JJ mula bersinar apabila dia diambil untuk bernaung di bawah syarikat rakaman milik Dhingra. Dhingra merancang untuk menghantar artis ke Eropah untuk membuat rakaman. JJ dengan sukareka menawarkan dirinya untuk ke Eropah dengan harapan dia dapat bertemu kembali dengan Heer.

Sementara itu Heer menderita sakit yang berterusan. Dia bertemu dengan JJ di Prague. Hubungan mereka kembali intim. Namun Heer berasa bersalah kerana statusnya yang sudah berkahwin. JJ ditangkap dan dipenjarakan atas tuduhan yang difailkan oleh suami Heer kerana cuba untuk berjumpa dengan isterinya.

Insiden yang menimpa JJ memberikan publisiti yang hebat kepada dirinya. Dhingra membuat keputusan untuk tidak melepaskan peluang keemasan ini. Ini adalah masa yang paling sesuai untuk menjual album JJ dan album itu laris dijual walaupun JJ masih di dalam penjara.

Apakah yang akan berlaku selepas JJ dibebaskan? Adakah dia dan Heer dapat disatukan semula? Saksikan kesudahan mereka di TV2.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aishah Buat Pembedahan Pintasan Gastrik Untuk Kurus

Dokumentari HIDRO Tinjau Empangan Hidro Elektrik