in ,

Roadshow Anugerah Juara Lagu 27 di Melaka

Anugerah Planet Muzik dah pun tamat. Yang berlaku tu, biarlah berlaku. Sekarang apa kata kita fokus pula kepada satu lagi anugerah berprestij yang akan diadakan tak lama je lagi. Anugerah Juara Lagu ke-27…

[dropcap]B[/dropcap]agi menyemarakkan lagi bahang Anugerah Juara Lagu ke-27, satu Roadshow Anugerah Juara Lagu 27 akan diadakan pada 23 Disember 2012 (Ahad) bertempat di Pentas Utama, Kompleks Melaka Mall, Melaka.

[pullquote align=”right”]Inilah peluang anda untuk bertemu dan beramah mesra dengan artis kesayangan yang juga finalis AJL27. [/pullquote]

Insyaallah Budiey akan turut bersama rombongan AJL27 ke Melaka. Jadi, temui Budiey di sana ya.

Roadshow Anugerah Juara Lagu 27 dimeriahkan lagi dengan kehadiran artis-artis popular seperti Stacy, Black & RJ, Hazama, Mojo, One Nation Emcees & Jimmy Palikat, Azlan & The Typewriter dan Amir Jahari.

Anugerah Juara Lagu ke 27 yang akan berlangsung pada 6 Januari 2013 di Stadium Putra Bukit Jalil jam 9 malam.

Peraduan Menangi Tiket Ke Anugerah Juara Lagu 27

Di bawah ini ialah SENARAI LAGU FINAL ANUGERAH JUARA LAGU 27 | LAGU FINAL AJL 27 2012

1. Idola ( Azlan n the Typewriter )
2. Pelangi senja ( Stacy )
3. Terukir di bintang ( Yuna )
4. Anak kampung ( Jimmy palikat & One Nation Emcee)
5. Ombak Rindu ( Hafiz & Adira )
6 .Tanpamu ( Amir Jauhari )
7. Lagu ( Bed Room Sentuary )
8. Teman Pengganti ( Black & RJ )
9. Ku Akui ( Hafiz )
10 .Simetri ( Hazama & Amy Seach )
11. Andai ku Bercinta Lagi ( Mojo )
12. Patah Seribu ( Shila Amzah )

Selamat maju jaya buat semua finalis.

Ajl27

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Busana Amanda Imani Rekaan Cosry di APM 2012

Senarai Filem Menarik Sempena Krismas & Tahun Baru 2013 di ntv7