in ,

Segala Tentang Kolaborasi RIZMAN RUZAINI & NIVEA MEN Yang Anda Harus Tahu

Jangan tinggalkan kesan pada pakaian kegemaran anda! Deodoran lain boleh menyebabkan kesan putih pada tekstil gelap dan kesan kuning di bawah lengan fabrik berwarna cerah akibat tindak balas kimia antara bahan antipeluh, peluh, dan bahan pencuci.

Malangnya, sebaik sahaja kerosakan berlaku, adalah mustahil untuk dipulihkan. NIVEA MEN menyifatkan kesan kuning pada bahagian bawah lengan baju sebagai masalah serius yang boleh menjejaskan gaya dan tindakan serta sikap dan harga diri seseorang.

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

Gedung Sementara Hitam & Putih Pertama Nivea Men Dengan Kolaborasi Rizmanruzaini

[dropcap]S[/dropcap]elain memastikan 3x kekeringan dan mencegah kesan kuning pada pakaian, pengguna deodoran teruja dan berterima kasih kepada ciri keunikan teknologi antikesan NIVEA MEN Deodorant Invisible for Black & White. Deodoran generasi baru NIVEA MEN ini menawarkan penyelesaian mutlak kepada kaum lelaki untuk menghindarkan masalah kesan kuning pada baju putih mereka.

[pullquote align=“left”]Pada 7hb September 2016, NIVEA MEN melancarkan gedung sementara hitam dan putih pertamanya di Malaysia sempena kempen “Don’t Stain Your Favourite Outfit” (Jangan Tinggalkan Kesan Pada Pakaian Kegemaran Anda) dengan kolaborasi terbarunya dengan butik fesyen mewah, RIZMANRUZAINI.[/pullquote]

Dua replika produk Black and White Deodorant Spray dan Roll On besar telah didirikan untuk menarik perhatian orang ramai di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur.

Pelancaran rangkaian deodoran antikesan NIVEA dan NIVEA MEN yang membantu menyelesaikan isu kesan tidak diingini pada pakaian telah mengilhamkan RIZMANRUZAINI untuk mereka 12 fesyen pakaian harian yang berlainan bersama dengan NIVEA MEN. Ini juga adalah kali pertama RIZMANRUZAINI mereka koleksi pakaian eksklusif untuk lelaki dengan kerjasama jenama lain.



Jangan Tinggalkan Kesan Pada Pakaian Kegemaran Anda

[dropcap]S[/dropcap]elain itu, satu pertunjukan fesyen jalanan telah dianjurkan untuk memperlihatkan koleksi edisi terhad mereka bersama dengan NIVEA dan NIVEA MEN Deodorant Invisible for Black & White semasa pelancaran.

[pullquote align=”right”]Dua belas fesyen berlainan dalam koleksi ini boleh didapati secara eksklusif untuk pembelian di gedung sementara NIVEA MEN Black & White (B&W) di laluan pejalan kaki luar Fahrenheit88, Bukit Bintang, bermula dari 7hb September 2016 hingga 13hb September 2016 dan juga di laman web Fashion Valet.[/pullquote]

Encik Ng Hock Guan, Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia dan Singapura di majlis pelancaran yang dianjurkan di Kuala Lumpur berkata

“Deodoran NIVEA bukan sahaja mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan di pasaran, tetapi juga mencatat pertumbuhan yang lebih cepat daripada pertumbuhan pasaran, menjadikan NIVEA jenama deodoran nombor satu di negara ini! Pelancaran NIVEA Deodorant Invisible for Black & White telah menaikkan jenama ke mercu lebih tinggi dan kami amat bangga dengan kejayaan rangkaian deodoran antipeluh NIVEA ini sebagai deodoran paling laris di pasaran dan saluran runcit. Sebagai pakar antikesan, NIVEA gembira kerana dapat membantu anda merasa yakin, kekal segar dan kering, dengan memastikan tiada kesan pada pakaian anda yang bergaya.”

Sempena kerjasama fesyen eksklusif NIVEA MEN dengan RIZMANRUZAINI dan sebagai tanda penghargaan, pengguna setia NIVEA/NIVEA MEN akan menerima baucar diskaun 25% untuk koleksi edisi terhad RIZMANRUZAINI apabila membeli mana-mana produk NIVEA/NIVEA MEN.

Baucar diskaun ini boleh digunakan sama ada di gedung sementara B&W atau laman web Fashion Valet.

Selain itu, satu lagi promosi eksklusif melayakkan seramai 300 pengguna pertama yang membeli produk NIVEA/NIVEA MEN bernilai RM30 dan ke atas untuk mendapat kemeja ekslusif pereka B&W percuma dalam masa 7 hari selepas pembukaan gedung sementara B&W.

Terdapat juga peraduan selfie yang memberi peluang kepada orang ramai untuk memenangi hamper NIVEA bernilai RM100 apabila mereka menangkap dan memaparkan gambar dengan replika deodoran raksaksa di gedung sementara hitam dan putih NIVEA MEN dengan tag #NIVEAMENBLACKANDWHITE.

“Fesyen adalah satu cara untuk menunjukkan siapa kita tanpa mengeluarkan sepatah perkataan pun. Saya berpegang pada prinsip ini setiap hari supaya saya dapat membaiki diri saya sendiri untuk mencapai mercu jaya yang lebih tinggi. NIVEA MEN merupakan rakan kerjasama yang hebat untuk RizmanRuzaini berkembang maju dan menjadi gedung fesyen yang lebih terkenal,” kata Rizman bin Nordin, pemilik RizmanRuzaini. Peminat dan orang ramai juga berpeluang untuk bertemu dan berkenalan dengan Rizman bin Nordin dan Wan Ruzaini dari RIZMANRUZAINI pada 7hb September di pelancaran gedung sementara di Fahrenheit, Bukit Bintang.

Serentak dengan kempen ini, NIVEA MEN juga menganjurkan peraduan seluruh negara dari 1hb September hingga 30hb September 2016. Peserta berpeluang untuk memenangi hadiah bernilai RM40,000 termasuk koleksi RIZMANRUZAINI dengan petikan kata-kata peribadi mereka tertera padanya. Untuk maklumat lanjut, sila ke laman Facebook Malaysia NIVEA MEN di www.facebook.com/myniveamen.

Boleh didapati dalam bentuk semburan dan bebuli, NIVEA/NIVEA MEN Deodorant Invisible for Black & White berbau segar dan lembut menawan, membuat anda terasa segar dan kering sebaik sahaja digunakan. Rangkaian deodoran antikesan NIVEA/NIVEA MEN masing-masing berharga RM5.50 (bebuli 25ml), RM10.50 (bebuli 50ml) dan RM16.90 (semburan 150ml). Produk boleh didapati di semua kedai farmasi, pasar raya dan pasar raya hiper di seluruh negara.

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

MENGENAI RIZMANRUZAINI
RIZMANRUZAINI adalah label gabungan bakat kreatif dua pereka muda, Rizman bin Nordin dari Pulau Pinang dan Wan Ruzaini yang dilahir dan dibesarkan di Perak. Kini, kedua-dua pereka ini mengusahakan sebuah butik fesyen mewah dan sangat popular dalam industri fesyen Malaysia. Jenama mereka setanding dengan jenama terkenal lain di negara ini. Graduan UiTM dengan kelulusan Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam Rekaan Fesyen ini mula menempa nama mereka sejak mereka masih menuntut, dan telah dianugerahkan pelbagai sijil kecemerlangan oleh Universiti mereka kerana menaikkan nama Universiti, selain menerima Anugerah Dekan kerana kecemerlangan pembelajaran.

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

Kini RIZMANRUZAINI sudah dikenali sebagai salah satu nama fesyen yang paling diminati dalam industri fesyen tempatan. Nama-nama besar dalam industri hiburan dan fesyen seperti diva Dato’ Siti Nurhaliza dan Ziana Zain, Ratu Soul Malaysia, Ning Baizura, dan Primadona Erra Fazira sering menggayakan busana rekaan mereka, terutama sekali untuk majlis formal. Dengan pilihan fabrik dan gaya mereka yang menawan, digabungkan dengan sentuhan keanggunan klasik tetapi tetap menarik, dua pereka ini sentiasa menjadi buruan ramai VVIP dan kerabat diraja dari Selangor, Terengganu dan Pahang.

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

RIZMAN RUZAINI - NIVEA MEN

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Dr. Jason Leong & Harith Iskander Bertanding di FUNNIEST PERSON IN THE WORLD

Peraduan Premiere With Budiey – Filem BASTILLE DAY