in

Dr. Jason Leong & Harith Iskander Bertanding di FUNNIEST PERSON IN THE WORLD

Malaysia berbangga kerana diberi peluang untuk membawa keamanan di dunia menerusi pertandingan “The Funniest Person in the World” anjuran Laugh Factory dan menyokong Dr. Jason Leong untuk memenangi hadiah utama sebanyak USD 100,000 di acara kemuncak pertandingan tersebut yang bakal berlangsung dari 4 – 10 Disember 2016 di Helsinki, Finland.

Harith-Iskander

Dr. Jason Leong Bertanding Di Pertandingan Laugh Factory FUNNIEST PERSON IN THE WORLD

[dropcap]D[/dropcap]r. Jason Leong yang lebih dikenali sebagai ahli kuartet “Malaysian Association of Chinese Comedians”, akan turut bersaing dengan seorang lagi pelawak dari Malaysia, Harith Iskander bersama dengan peserta-peserta lain dari 56 buah negara dari serata dunia.

Turut menyokong Dr. Jason Leong dalam pertandingan ini adalah Veedo, sebuah platform komuniti kreatif; dan Primeworks Studios. Kedua-duanya telah bekerjasama sebagai rakan media dalam menyokong bakat tempatan.

Gelak tawa merupakan bahasa universal yang mampu merapatkan hubungan sesama rakyat, menggantikan kelemahan diplomasi dan demokrasi. Acara ini membuka peluang kepada Dr. Jason Leong untuk menjadi duta alternatif bagi keamanan.



Undi Sekarang dan Bantu Dr. Jason Leong Menjadi Sebahagian daripada Inisiatif Keamanan melalui Senyuman dan Tawa

[dropcap]S[/dropcap]ebagai sebuah negara, kita diberi peluang untuk menyokong pergerakan ke arah keamanan ini. Rakyat Malaysia boleh mengundi dan menunjukkan sokongan mereka kepada Dr. Jason Leong hanya dengan mengikuti tiga (3) langkah mudah tersebut:

1. Layari www.votedrjason.com.my

2. Tonton video komedi beliau dan klik butang “LIKE” di bahagian bawah video tersebut.

3. Kongsi video bersama dengan kawan-kawan dan keluarga anda.

Pengundian bagi Pusingan 1 akan berakhir pada 3 Oktober, di mana 20 pelawak dari pelbagai negara yang mendapat undian tertinggi akan ke peringkat separuh akhir yang akan diadakan pada 4 – 5 Disember 2016 di Helsinki, Finland – “Salah sebuah negara paling bahagia di dunia”.

Mengenai Laugh Factory
Sejak pelancaran kelab utamanya di Hollywood pada tahun 1979, Laugh Factory telah mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama komedi global. Laugh Factory adalah peneraju bagi lawatan komedi di seluruh dunia, rancangan televisyen, dan filem. Saluran Laugh Factory mempunyai lebih daripada 210 juta penonton.

Mengenai Veedo.my
Ditubuhkan pada Januari 2013, Veedo.my merupakan sebuah platform untuk komuniti kreatif MalaysiA berkongsi projek inovatif mereka. Sejak tahun 2015, kami telah berkembang menjadi hab sumber kreatif yang menyebar serta mencipta kandungan asal yang berkaitan dengan pergerakan industri kreatif di seluruh dunia.

Misi kami adalah untuk berinteraksi dengan komuniti kreatif melalui kandungan berkualiti seperti ulasan, berita dan tutorial. Ia juga sebagai ruang untuk rakyat Malaysia yang kreatif untuk mengembangkan dan berkongsi idea-idea mereka. Kami ingin memberikan inspirasi kepada mereka untuk menyalurkan idea-idea yang inovatif melalui pelbagai pertandingan yang akan membuka peluang serta pelbagai pengalaman baru!

TEMUI KAMI DI :
• Site : www.veedo.my
• Facebook : https://www.facebook.com/veedo.my
• Instagram : @veedo_my
• Twitter : @veedomy
• Youtube : https://www.youtube.com/user/MYVeedo

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apabila Suara Tony Fernandes Ada di Aplikasi Waze

Segala Tentang Kolaborasi RIZMAN RUZAINI & NIVEA MEN Yang Anda Harus Tahu