in , ,

Rizky Febian Artis Jemputan Konsert Lovechestra Mahalini Live In KL

Eh gais, korang ada dengar tak, Mahalini, penyanyi Indonesia tu, nak buat konsert ‘LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR’ kat Megastar Arena, KL @ Sg. Wang Plaza, 3 Februari ni. Best gila, ada bintang undangan Rizky Febian lagi!

Siapa yang tidak kenal dengan sosok penyanyi jelita asal Bali, Indonesia yang popular dengan lagu ‘Sial’, Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, atau lebih mesra dengan panggilan Mahalini, bertandang ke Malaysia bagi mempromosikan konsert ‘LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR’ pada tanggal 3 Februari 2024, bermula jam 8:00 malam di Megastar Arena, KL @ Sg. Wang Plaza dengan bintang undangan khas, Rizky Febian, dibawakan istimewa oleh jenama kosmetik tersohor negara, Alha Alfa bersama syarikat penganjur konsert, Kharisma Music.Ditanya mengapa mahu kembali ke Malaysia buat kedua kalinya, Mahalini berkata,

SIDANG MEDIA MAHALINI LOVECHESTRA

“Sebenarnya idea disebalik konsert ini muncul ketika konsert FABULA 1.0 dan 2.0 tahun lalu, saya ingin memberikan sajian pertunjukan dan pengalaman yang berbeza dari sebelumnya dengan konsep muzik, busana, penari latar, kesan visual dan set pentas yang lebih menarik. Dan sudah pastinya merindukan peminat-peminat di Malaysia yang mahu saya kembali lagi.

Bertempat di sebuah restoran terkemuka di tengah-tengah ibu kota yang diserikan dengan deko menawan oleh Kayangan Gallery, bermula 7:00 malam, sebuah sidang media bersama rakan-rakan media Malaysia diadakan bagi membuat hebahan tentang rencana konsert LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR yang bakal diadakan.

Menurut En. Ahmad Jeffny, Ketua Pengarah Eksekutif & Pengasas Kharisma Music, “Pemilihan Mahalini dibuat berdasarkan pencapaiannya dalam meraih pelbagai anugerah serta pengiktirafan di industri muzik Indonesia beserta jumlah penstriman yang tertinggi di Spotify (Indonesia), dengan karya-karya nyanyiannya yang sering menjadi viral di medsos, dan juga sifat prihatin Kharisma Music dalam mengambil berat permintaan penggemar muzik di Malaysia yang mendambakan hiburan ‘live’ dalam bentuk fizikal.

SIDANG MEDIA MAHALINI LOVECHESTRA

“Bertemakan ‘Lovechestra’ (love + orchestra), ia menggabungkan gubahan dan susunan muzik orkestra yang berkisarkan kisah cinta, kisah suka dan duka sepanjang karier seni serta peribadi Mahalini yang mudah didekati dan sentiasa membuat orang sekelilingnya senang, dan istimewanya konsert ini akan dijayakan bersama 20 pemuzik tempatan yang terpilih. 

Oleh itu, rugi barang siapa yang tidak menontonnya. Setakat ini, Mahalini masih lagi mempersiapkan diri dari segi susunan muzik yang baharu, latihan di studio dan lain-lain persiapan menjelang tarikh konsert.

SIDANG MEDIA MAHALINI LOVECHESTRA

“Konsert ini nanti dijangkakan akan berlangsung selama lebih kurang 2 jam dengan hampir 15 sehingga 17 buah lagu yang akan dipersembahkan bersama-sama band saya sendiri yang dipanggil ‘Lini’ dengan pengarah muzik khas dari Indonesia iaitu Ronald Steven, Adrian Kitut, Raymond Aditya dan juga Dennis Nusi.

“Paling istimewa, ‘Iky’ (panggilan mesra buat Rizky Febian) akan turut serta membuat persembahan bersama saya nanti,” jelas Mahalini tersipu malu. Selain penganjur bersama, Alha Alfa dan Kharisma Music, konsert ini turut mendapat sokongan dari rakan radio rasmi, ERA, rakan deko, Kayangan Gallery, rakan penerbangan, Batik Air, dan rakan bersama, HAPM.

SIDANG MEDIA MAHALINI LOVECHESTRA

Ditanya apakah yang penonton bakal rasai di konsert itu nanti, jawab Mahalini teruja, “Mereka akan terbawa ke dalam dunia saya melalui persembahan yang cukup istimewa, mereka akan merasai sendiri sebuah momen cerita indah dalam kehidupan mereka yang berawal dari karya-karya saya yang mewakili perasaan penonton semua. “Jadi jangan lupa temujanji kita dan ‘yuk’ berhibur di konsert Lovechestra Mahalini nanti!

SIDANG MEDIA MAHALINI LOVECHESTRA

Sebagai makluman, pembeli tiket konsert LOVECHESTRA MAHALINI LIVE IN KUALA LUMPUR berpeluang memenangi cabutan bertuah dengan hadiah utamanya berupa sebuah kereta, serta hadiah-hadiah lain yang tidak kurang menariknya, jadi dapatkan tiket-tiket anda dengan kadar segera!

SIDANG MEDIA MAHALINI LOVECHESTRA

Tiket-tiket konsert terbahagi dalam beberapa kategori: Standing (RM279), Gold Seated (RM299), VIP Standing (RM399), VIP Seated (RM429) dan VVIP Seated (RM799).

Pembelian boleh dilakukan di laman web www.ticket2u.com.my/mahalini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HAIER

Tahniah! Haier Kini Menjadi Rakan Kongsi Rasmi Asia Tenggara BWF 2024 – 2025

Fathia Latiff Serang Suami Heliza Helmi Pula! Dakwa Gagal Siapkan Rumah