in , ,

Rizal Lafazkan Cinta Pada Datin Safieya dalam Siri Drama RAMPAS CINTAKU

* Mak Ngah (Zarynn Min) sebenarnya dalang di sebalik gangguan lintah darat. Sesi borak sembang santai istimewa bersama Afieq Shazwan di TikTok Live iQIYI pada 16 Oktober, Ahad jam 9 malam!

Jalan cerita menjadi semakin membara dalam siri tempatan iQIYI Original, Rampas Cintaku selepas episod terbaharunya disiarkan di iQIYI. Dalam dua episod berikutnya, penonton akan menyaksikan babak di mana hubungan antara Rizal dan Datin Safieya semakin intim, selain terbongkarnya sikap buruk sebenar Mak Ngah.

Plot cerita ini menjadi semakin menarik apabila Rizal (lakonan Afieq Shazwan) dengan berat hati menerima tawaran Datin Safieya (lakonan Fasha Sandha) untuk menjadi ‘anak ikan’ dalam usaha untuk membantu keluarganya.  

Datin Safieya bukan sahaja melangsaikan semua hutang Rizal, malah membuat kejutan dengan menghadiahkan kereta baharu serta mendaftarkan Rizal masuk ke universiti, sekali gus merealisasikan impian Rizal untuk melanjutkan pelajarannya.

Datin Safieya (Fasha Sandha) Gives Rizal A Lucrative Allowance After He Agrees To Be Her Sugar Baby

Plot berterusan apabila semua ‘gangguan’ daripada lintah darat seperti nota berdarah dan ayam mati digantung di luar rumah, sebenarnya adalah komplot daripada Mak Ngah (lakonan Zarynn Min). Ianya bertujuan untuk menakutkan Rina (lakonan Puteri Balqis) supaya memaklumkan kejadian itu kepada abangnya, Rizal supaya melunaskan ‘hutang’ tersebut.

Dato Jefri (lakonan Zarul Husin) pula berdepan masalahnya sendiri apabila Ayuni (lakonan Erynn Abdullah) mendesaknya untuk berterus-terang dengan Datin Safieya serta semua orang mengenai hubungan mereka berdua. 

Dia mengugut untuk mendedahkan perkara ini sehingga sanggup muncul di kediaman Dato Jefri pada waktu malam sehingga terlihat oleh anak Datin Safieya dan Dato Jefri.

The Sly Mak Ngah (Zarynn Min) Is Revealed As The Mastermind Behind The Loan Shark Harassments

Hubungan Rizal dan Datin Safieya terus mekar, malah Rizal sendiri berkata kepada Datin Safieya “Saya berjanji akan sentiasa ada untuk awak. Bila-bila masa, di mana-mana sahaja”, ketika dia membuat kejutan dengan sejambak bunga di butik Datin Safieya.

Di akhir babak, penonton ditinggalkan dengan babak penuh kejutan selepas melihat Rizal mengaku cinta kepada Datin Safieya. Adakah Datin Safieya akan menerima cinta Rizal selepas dia meletakkan syarat ‘tiada keintiman’ dan ‘tiada cinta’ dalam hubungan ‘anak ikan’ itu?

Susulan populariti Rampas Cintaku, jangan lupa sertai TikTok Live, eksklusif bersama Afieq Shazwan yang melakonkan watak Rizal pada 16 Oktober (Ahad) jam 9 malam di saluran TikTok iQIYI Malaysia. Peminat Rampas Cintaku dan Afieq boleh bersembang bersama Afieq ketika sesi istimewa ini.

Ttlive-Rc-Afieqshazwan

‘Rampas Cintaku’ adalah drama bersiri 14 episod, sarat dengan plot twist, kisah cinta, dendam serta perhubungan yang rumit. Drama ini disiarkan secara global di aplikasi iQIYI dan www.iq.com/local dengan episod baharu setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Azizan Osman | 12

Dr. Azizan Masih Dahaga PHD Walaupun Sudah Lahirkan Ramai Jutawan!

Kak Ell

Tak Cipta Kandungan Gedik, Kak Ell Tetap Berjaya Capai RM34 Juta Setahun