in ,

Riz Amin Luah Rasa Terkilan Pengambaran Drama Ditangguhkan Semasa PKP

Golongan pelakon tidak terkecuali turut terjejas apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 dilaksanakan.

Bagi pelakon Riz Amin atau nama sebenarnya Norizam Amin Nordin,35, dia tidak dapat menafikan rasa terkilan apabila aktiviti penggambaran drama atau filem ditangguhkan. 

“Kalau cakap pasal terkilan, rasanya satu dunia terkilan dengan apa yang berlaku sekarang. Begitu juga dengan industri perfileman dan drama di Malaysia tidak dibenarkan sama sekali untuk menjalankan penggambaran.

“Siapa tidak terkilan, kerana ia mengganggu kerjaya pelakon yang berlakon untuk mencari rezeki. 

“Memanglah saya terkilan tapi undang-undang atau arahan kerajaan ini adalah untuk kebaikan semua dalam mengekang wabak COVID-19. Semua orang tahu kerajaan mahukan yang terbaik buat rakyat. 

“Kami sebagai pelakon sangat menghormati dan sentiasa mematuhi arahan kerajaan,”

– Riz Amin
Riz Amin

Riz Amin menyeru kepada masyarakat agar terus berusaha dan berdoa agar pandemik COVID-19 ini berakhir.

Riz juga berharap rezekinya semakin murah selepas PKP 2.0 tamat. 

“Sama-samalah kita doakan agar semuanya kembali seperti sedia kala. 

“Saya harap, rezeki saya semakin bertambah setelah tamat PKP 2.0 nanti.

“Kalau nak tahu, sebelum ini banyak tawaran berlakon datang selepas PKP 1.0. Saya harap situasi yang sama berlaku selepas ini,” ujarnya lagi.

– Riz Amin
Riz Amin

Tidak mahu memikirkan penggambaran yang tertangguh, Riz turut terlibat dalam bisnes produk AG Nutrition. 

“Dalam tempoh PKP ini pun saya sibukkan diri dalam bisnes produk ini. Banyak ilmu bisnes yang saya belajar daripada pengasas produk ini. 

“Alhamdulillah.. Saya dah dapat anugerah  Rising Star kerana mencapai target dalam masa tiga bulan.

“Mujur ada perkara lain yang boleh saya lakukan, sekurang-kurangnya tidaklah saya terlalu memikirkan soal penggambaran,”

– Riz Amin

Riz Amin sebelum ini popular menerusi drama bersiri Hati Yang Tersakiti, Seindah Tujuh Warna Pelangi, Korban Kasih, Dia Adelia dan banyak lagi.

*Sumber: WILAYAHKU

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bandingkan Majlis Kahwin Di Perth & Malaysia Ketika Lockdown, Raja Ilya Dikecam Netizen

Sinopsis Drama Adaptasi MARRY ME SENORITA Lakonan Janna Nick & Dini Schatzmann