in , ,

Bandingkan Majlis Kahwin Di Perth & Malaysia Ketika Lockdown, Raja Ilya Dikecam Netizen

Pelakon Raja Ilya telah memuat naik dua keping gambar yang membandingkan majlis kahwin di Perth, Australia dan Malaysia ketika berlakunya lockdown. Biarpun menyatakan ia adalah sekadar gambar hiasan, namun pelakon itu telah mendapat kecaman netizen kerana membuat perbandingan sedemikian.

Pelakon Raja Ilya dikecam kerana cuba membanding-bandingkan majlis perkahwinan di Malaysia dan Perth, Australia ketika dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menerusi Instagramnya, Ilya didakwa seolah-olah cuba menonjolkan sisi kurang baik Malaysia apabila memuatnaik gambar majlis perkahwinan yang bukannya dalam tempoh PKP.

Dalam masa yang sama, Ilya memuatnaik gambar majlis perkahwinan di Perth yang hanya dihadiri pasangan pengantin.

Bandingkan Majlis Kahwin Di Perth & Malaysia Ketika Lockdown, Raja Ilya Dikecam Netizen

“SWIPE LEFT. Perth full lockdown wedding VS Malaysia lockdown,” tulisnya. 

Bandingkan Majlis Kahwin Di Perth & Malaysia Ketika Lockdown, Raja Ilya Dikecam Netizen

Tindakan Ilya ini menimbulkan reaksi kurang senang netizen yang mendakwa Ilya cuba memburuk-burukkan dan memfitnah negara sendiri.

“Mana ada Malaysia nyer kahwin time MCO macam ni. Malaysia is not ur country ke. Buruk baik, Malaysia tetap negara kami. Janganlah nak menghina sangat rakyat Malaysia

“Maslaahnya sekarang kita PKP, tak adalah rakyat Malaysia nak buat majlis kahwin macam dalam gambar dia tunjuk tu. Sekarang ni semua kena buat majlis nikah ikut SOP”

“So duduk je la kat Sana. Budaya dan pemakaian cara hidup pun memang awak dah ikut mat Saleh”

“Sorry sis. Tak ada majlis kahwin macam tu time MCO. Maybe buat research dulu sis sebelum nak post apa. 

“Nal buat perbandingan pun kena sama-sama adil ye sis. Post pic dari tahun yang sama. Musim yang sama. Ni dah jauh perginya. Tak adillah untuk negara sendiri Kan”

Itulah antara kata-kata netizem di ruangan komen instagram Raja Ilya.

Apa-apa pun, kita tidak tahu niat sebenar Raja Ilya. Mungkin juga dia bergurau.

Dalam pada itu, pelakon berkenaan menerusi Insta Story miliknya menyatakan dia sekadar gurauan dan gambar-gambar yang dimuat naik itu hanya sekadar gambar hiasan dan bukan yang benar. 

“Terkejut lak bila post semalam viral uollsss … mak ai, ada ke patut kata kita hina Malaysia? Buang tebiat ke apa ? Nak Mampus kene tembak masuk Malaysia ke apa ?!! Aduh pening baca samapi ada media lak kata kita banding kan wedding !! 

“Ya Allah sampai ke situ pulak !! Ada ke manusia yang nk korek kubuq sendiri !! Aduh pening !! post tu kan obvious kata “gambar hiasan” itu Bukan pun gambar perth Atau gambar Malaysia baru. Itu gambar Mungkin tahun 90an. Gambar tu kan namanya kata Orang sini paranoid gler,yang kita ni still move on,” jelasnya.

– Raja Ilya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nur Fatima Bawa Kelainan dengan Menampilkan Kayda dalam Single Berjudul GALERI

Riz Amin Luah Rasa Terkilan Pengambaran Drama Ditangguhkan Semasa PKP