in ,

‘RIUH EK! BERSAMA UNIFI’ Di Ayer Hitam, Johor, Dekatkan Seni Kreatif Dengan Keluarga Malaysia

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) menerusi agensi di bawahnya iaitu MyCreative Ventures (MyCV) membuka tirai tahun 2022, dengan penganjuran RIUH Keluarga Malaysia edisi pertama dengan “RIUH EK! bersama unifi” akan berlangsung pada 3 hingga 5 Mac 2022 (Khamis hingga Sabtu) bertempat di Arena Warna, Ayer Hitam, Johor.

Tiga hari berada di Ayer Hitam adalah satu pengalaman yang cukup berharga bagi Budiey. Dah lama betul tidak dapat peluang untuk buat liputan acara sepanjang ini. Bayangkan selama dua tahun, kita terhalang dari mengadakan acara berbentuk festival dan jualan, sudah tentu ramai yang merindukan acara ini. Jadi, acara Iuh Ek! di Ayer Hitam mengubati kerinduan ramai orang khususnya anda yang tinggal di Ayer Hitam.

Sudah tentu kita perlu berterima kasih kepada kerajaan yang telah memberi peluang ini. Kerajaan amat prihatin dan komited dalam memulihkan negara daripada masalah dan kesan pandemik COVID-19 termasuk dalam kalangan penggiat industri kreatif. 

'RIUH EK! BERSAMA UNIFI' Di Ayer Hitam, Johor, Dekatkan Seni Kreatif Dengan Keluarga Malaysia

KKMM begitu giat melaksanakan pelbagai inisiatif untuk merancakkan kembali lanskap industri kreatif antaranya ialah melalui pelaksanaan RIUH Keluarga Malaysia yang merupakan cetusan idea YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Tpr Annuar Haji Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia. 

RIUH

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Haji Musa berkata, “Aktiviti seni kreatif mampu mengubati jiwa negara yang terkesan dengan pelbagai cabaran berikutan pandemik COVID-19. Sehubungan itu, KKMM mempelawa komuniti seni budaya untuk bekerjasama dengan Kementerian melalui RIUH Keluarga Malaysia agar industri kreatif negara dapat terus dirancakkan dan memberi manfaat kepada seluruh Keluarga Malaysia.” 

'RIUH EK! BERSAMA UNIFI' Di Ayer Hitam, Johor, Dekatkan Seni Kreatif Dengan Keluarga Malaysia

Pelbagai acara menarik telah disusun untuk pengunjung. Antaranya, Budiey sempat untuk melihat Bengkel Buat Sabun, Bengkel Indigo Dye, Bengkel Buat Lilin Aromatheraphy, dan tidak lupa beberapa persembahan pentas yang melibatkan artis yang Budiey kenali seperti Sufi Rashid dan juga Irfan Harris.

'RIUH EK! BERSAMA UNIFI' Di Ayer Hitam, Johor, Dekatkan Seni Kreatif Dengan Keluarga Malaysia

Namun, antara banyak persembahan, Budiey kira persembahan paling gempak adalah persembahan kemunculan semula kumpulan Search. Pastinya ramai tertanya-tanya, tentang kemunculan Search kerana dengar ceritanya kumpulan rock legenda ini sudah pun berpecah. Jadi pada malam pertama itu, Search membuktikan mereka belum berpecah, namun buat satu kejutan buat peminat muzik rock.

‘RIUH EK! BERSAMA UNIFI’ Di Ayer Hitam, Johor, Dekatkan Seni Kreatif Dengan Keluarga Malaysia

RIUH Keluarga Malaysia bertujuan untuk menghimpunkan para usahawan kreatif dan penggiat seni tempatan daripada 12 cabang industri kreatif yang merangkumi muzik, filem, fotografi, animasi, seni persembahan, sastera, rekacipta, kraf dan seni tradisional, seni kulinari, seni visual, fesyen dan pendidikan kreatif. Inisiatif ini dijangka akan mewujudkan sekurang-kurangnya 5,000 peluang pekerjaan di 14 lokasi dan menyokong 2,000 penggiat dan perniagaan tempatan. 

'RIUH EK! BERSAMA UNIFI' Di Ayer Hitam, Johor, Dekatkan Seni Kreatif Dengan Keluarga Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif MyCV, Junady Nawawi berkata “Antara misi MyCreative adalah untuk memperhebatkan daya tarikan industri kreatif Malaysia yang boleh diukur melalui pewujudan peluang pekerjaan, meningkatkan sumbangan pendapatan daripada industri kreatif kepada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan melonjakkan status industri kreatif Malaysia melalui kesedaran awam dan kesan sosial.” 

'RIUH EK! BERSAMA UNIFI' Di Ayer Hitam, Johor, Dekatkan Seni Kreatif Dengan Keluarga Malaysia

“Oleh itu, penganjuran RIUH akan memberi impak kepada penggiat dan pekerja di dalam industri kreatif, dari segi penjanaan pendapatan industri, jumlah pekerjaan penggiat serta pekerja industri. Ini kerana kebanyakan usahawan, budayawan serta seniman dari pelbagai komuniti dijemput untuk turut serta acara RIUH di seluruh negara. Lagipun, acara di setiap negari akan berlangsung lebih daripada satu hari. Ini akan meningkatkan peluang penjualan usahawan tersebut yang membuka gerai di tapak RIUH. Kami mengharap bahawa rangkaian sosial dan profesional yang dihasil oleh program ini juga akan memupuk pengambilan pekerja serta perkongsian perniagaan di dalam industri kreatif. Secara langsung, ini berpotensi untuk memulihkan ekonomi masyarakat dan negeri Johor, amnya.” 

'RIUH EK! BERSAMA UNIFI' Di Ayer Hitam, Johor, Dekatkan Seni Kreatif Dengan Keluarga Malaysia

Bertemakan ‘Warna-warni Malaysia’, “RIUH EK! bersama unifi” adalah terbuka kepada semua pengunjung terutama yang berada di sekitar Johor khususnya di Ayer Hitam. Para pengunjung akan merasai pelbagai tarikan termasuk barangan kreatif tempatan, persembahan seni dan muzik, bengkel kreatif, pameran seni, gerai ‘pop-up’, aneka makanan dan minuman serta banyak lagi untuk diteroka oleh para pengunjung. Saksikan juga penampilan istimewa daripada kumpulan Search, Mafidz, LOKO, Statik, Hornbae, Orkes A Hizadin, persembahan gamelan, wayang kulit dan keroncong. Selain itu, pengunjung juga berpeluang menyaksikan pameran seni visual dan pyro show yang menakjubkan. Turut serta jenama kreatif tempatan tersohor antaranya Kopi Dua Darjat, Haos Ek?, Buttercup, Mikano Claytive, Senitukang, NayylaO’ dan BeauTyra. 

MyCV mensasarkan lebih dari 10,000 pengunjung akan hadir sepanjang tiga hari penganjuran “RIUH EK! bersama unifi”. Sementara itu, RIUH Keluarga Malaysia yang bakal dianjurkan di 14 lokasi di seluruh negara mensasarkan 200,000 pengunjung. Penganjuran RIUH Keluarga Malaysia akan dilaksanakan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi memastikan keselamatan kesihatan para pengunjung. Ini termasuk langkah-langkah terkawal seperti semakan status aplikasi MySejahtera untuk setiap pengunjung yang memasuki tapak RIUH, penjarakan sosial 1 meter dan penguatkuasaan Prosedur Amalan Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. 

Sementara itu, mengulas penglibatan unifi sebagai penaja utama acara ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Imri Mokhtar berkata, “Menerusi jenama unifi, TM menawarkan penyelesaian digital bagi memperkasa pelbagai segmen pelanggan termasuklah Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan agar mereka dapat kembali pulih dan terus berkembang. Penglibatan dalam RIUH Keluarga Malaysia menggambarkan sokongan TM untuk menggiatkan semula industri kreatif dan membolehkan kandungan seni kreatif dinikmati oleh semua lapisan rakyat. Sebagai pemacu aspirasi Digital Malaysia, kami komited untuk menghubungkan seluruh rakyat Malaysia menerusi infrastruktur digital dan sentiasa bersedia untuk membantu negara bangkit semula daripada kesan pandemik.” 

Program selama tiga hari ini turut mendapat kerjasama daripada JOHO – jenama Johor kreatif yang mengetengahkan produk dan perkhidmatan berkualiti untuk rakyat Johor, dengan sokongan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), dan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) serta Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku rakan media. 

Mengenai MyCreative Ventures 

MyCreative Ventures Sdn. Bhd. (“MyCreative”) ditubuhkan untuk memajukan industri kreatif Malaysia melalui pelaburan srategik dan inovatif. MyCreative telah diperbadankan pada tahun 2012 dan merupakan sebuah subsidiari milik penuh Kementerian Kewangan (Diperbadankan), melapor kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan misi untuk memperhebatkan daya tarikan industri kreatif Malaysia yang boleh diukur melalui pewujudan peluang pekerjaan, meningkatkan sumbangan pendapatan daripada industri kreatif kepada pendapatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan melonjakkan status industri kreatif Malaysia melalui kesedaran awam dan kesan sosial. Kumpulan MyCreative terus menyokong industri kreatif melalui pengenalan unit-unit di bawahnya iaitu CENDANA dan RIUH pada tahun 2017. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mycreative.com.my 

Mengenai RIUH 

RIUH merupakan platform kreatif bertujuan membangunkan ekosistem kreatif tempatan dengan menghubungkan jenama serta usahawan kreatif, pencipta dan artis kepada komuniti. Platform ini memperjuangkan hasil usahawan kreatif, artis dan artisan Malaysia sejak Ogos 2017, menjadikan RIUH sebagai aktiviti tetap dalam kalendar acara Malaysia. Ikuti perkembangan RIUH melalui www.riuh.com.my atau layari laman Instagram & Facebook @riuhinthecity. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

‘Gatal’ Dari Janna Nick Mendominasi Carta Muzik Trending Tempatan & Global Di Tiktok

Pereka Fesyen Duo Rizman Ruzaini Cabar Kreativiti Members Sebagai Penggaya Fesyen!