in ,

Pereka Fesyen Duo Rizman Ruzaini Cabar Kreativiti Members Sebagai Penggaya Fesyen!

Minggu ini, members akan duduk berborak secara santai bersama pereka fesyen duo terkenal tanah air iaitu Rizman Nordin dan Ruzaini Wan Jamil yang membawa jenama Rizman Ruzaini yang mendapat tempat di hati selebriti dan juga orang-orang kenamaan.

Kali ini, members telah dicabar oleh Rizman Ruzaini apabila untuk menjadi penggaya fesyen! Masing-masing mempunyai citarasa dan cara tersendiri dalam menggayakan fesyen tetapi adakah ianya sesuai mengikut karakter dan mengikut peredaran masa kini? 

Pereka Fesyen Duo Rizman Ruzaini Cabar Kreativiti Members Sebagai Penggaya Fesyen!

Banyak ilmu ditimba oleh members pada minggu ini berkaitan fesyen termasuklah perjalanan perniagaan Rizman Ruzaini dari awal hingga kini. Mereka juga turut menceritakan pengalaman mereka yang jarang diketahui ramai antaranya aktiviti kegemaran mereka bagi menghilangkan tekanan kerja.

Members juga bertuah kerana dapat peluang eksklusif untuk melawat ke rumah Rizman Ruzaini yangtersergam indah. 

Pereka Fesyen Duo Rizman Ruzaini Cabar Kreativiti Members Sebagai Penggaya Fesyen!

Kali ini, members akan ditemani oleh seorang pelakon dan juga penyanyi sebagai tetamu jemputan untuk minggu ini. Siapakah tetamu istimewa yang bakal ditampilkan? Semua terjawab dalam Master In The House Malaysia pada 5 Mac 2022 (Sabtu) pukul 10.00 malam hanya di TV3. 

Master In The House Malaysia menampilkan CheongKwanJang (CKJ) sebagai penaja utama, Lifebuoy  sebagai penaja bersama dan dikuasai oleh Samsung Galaxy Z Flip3 5G.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

‘RIUH EK! BERSAMA UNIFI’ Di Ayer Hitam, Johor, Dekatkan Seni Kreatif Dengan Keluarga Malaysia

Trofi Anugerah Juara Lagu 36 Bersalut Emas & Wang Tunai RM100,000 Milik Juara