in ,

Rita Rudaini Bengang Dengan Rider, Letak Makanan Atas Pembuangan Sampah

Semalam, pelakon kontroversi Rita Rudaini ada meluahkan rasa berang apabila ada segelintir penghantar makanan didakwa telah melakukan kerja sambil lewa.

Manakan tidak, Rita Rudaini memaklumkan bahawa dia telah menerima makanan yang ditempah dengan cara meletakkan di tempat pembuangan sampah dan terdedah.

Kecewa dengan perkara tersebut, Rita Rudaini menzahirkan perasaan ‘bengang’ dengan memuat naik sebuah hantaran di Instagram Story miliknya, baru-baru ini.

Benda makan..rezeki..letak dekat tempat panas dan terdedah. Apa salahnya letak dekat tempat teduh. Inilah segelintir penghantar makanan yang tidak ikhlas dan tak bertanggungjawab pada kerja dan rezeki dia sendiri. Makanan diletakkan atas tempat pembuangan sampah pula tu.

Rita Rudaini Bengang Dengan Rider, Letak Makanan Atas Pembuangan Sampah

Meskipun kesal dengan kejadian itu, Rita menegaskan bahawa dia sama sekali tidak ‘pukul rata’ semua penghantar makanan mempunyai sikap seperti itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senator Haji Idris Ahmad Lancar Sambutan Maulidur Rasul & Wajah Baharu Studio TV AlHijrah

Rahsia Sutradara Sebuah Pencarian Bakat Pengarah Muda Baharu