in , , ,

Risteena Munim & Isa Khan dalam Drama Bersiri BULAN DI KOTA LANGIT

Kemunculan pasangan artis Risteena Munim dan Isa Khan disatukan dalam drama bersiri “Bulan di Kota Langit” yang sedang bersiaran setiap hari, pukul 10.00 malam menerusi saluran TV Okey (Astro 146).

Drama terbitan CMA Media Sdn Bhd, menariknya kerana menjalani penggambaran dan keindahan Yogyakarta, Indonesia selain lokasi menarik dalam negara. Ia mengisahkan tentang Munirah lakonan Risteena bersama empat orang abangnya setelah ibu mereka meninggal selepas melahirkan Munirah. Munirah berjaya melanjutkaan pelajaran di kolej tempatan manakala abangnya masing-masing sudah mempunyai pelbagai kerjaya.

Abangnya yang pertama Amirul lakonan Fezrul Khan sebagai ahli bomba, Fazren Rafi watak Aqil (peguam), Fahmy Reza watak Afiq (doktor) dan Fariz Redzwan sebagai Aathif merupakan pelajar kolej.

Bulan Di Kota Langit temukan Isa Khan dan Risteena Munim

Kisah kerukunan adik-beradik Munirah. Lagi-lagi watak Abang Long, sanggup berkorban untuk adik-adiknya. Sebelum ibunya meninggal dunia, Amirul diamanahkan untuk menjaga adik beradiknya dan Amirul seorang yang tegas dengan mereka.

Satu hari Munirah dapat tajuk tesis yang memerlukan dia buat kajian di Indonesia. Abang-abangnya risau akan Munirah dan selepas berbincang, Aathif diminta menemankan Munirah di Indonesia. Aathif pula cuba meyakinkan Munirah supaya pergi ke Indonesia seorang diri.

Munirah nekad pergi ke Indonesia seorang diri. Apabila Aqil terjumpa nota di dalam bilik Munirah, abang-abangnya bergegas mencarinya di lapangan terbang. Dalam hal ni, Aathif rasa bersalah sebab ini rancangannya. Amirul dan adik-adiknya terkejut dengan kehilangan Munirah dan menyalahkan Aathif.

bulan-di-kota-langit-episod

Selepas Munirah pergi, dia langsung tidak menelefon Aathif. Aathif risau kerana ini semua rancangannya.

Di Indonesia, Munirah mendapat kerja di sebuah restoran milik Pak Agus. Di situ dia berjumpa Uzair (Qi Razali) seorang pengembara dari Malaysia yang juga bekerja di restoran tersebut.

Tanpa diduga dia bertemu dengan pemuda Indonesia bernama Aditya lakonan Isa Khan yang merupakan penghidap penyakit tumor otak. Aditya sebenarnya melarikan diri daripada orang-orang di sekelilingnya sementara menantikan hari pembedahan yang bakal dijalankan ke atasnya. Apatahlagi dia sendiri sedar tiada jaminan untuk penyakitnya sembuh sepenuhnya meskipun setelah menjalani pembedahan. 

Siapakah antara Aditya atau Uzair yang menjadi pilihan Munirah? Ikuti kesudahan drama bersiri 20 episod arahan Ollynn Khadri ini yang turut dibintangi oleh Syifa Melvin, Neera Azii, Afierariana Agoes, Zalfa Zin, dan ramai lagi.

bangnya yang pertama Amirul lakonan Fezrul Khan sebagai ahli bomba

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Munirah dan abang-abangnya

What do you think?

74 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Intan Najuwa Mengesahkan Gambar Lelaki dalam Instagram Adalah Bekas Tunang

Zakiy Hanafi, Dari Irama Nasyid ke Pop Rock