in , ,

Riena Diana Lengkapkan Trio Baharu GENG PAGI HOT di Hot FM

Pelakon Riena Diana melengkapkan trio Geng Pagi Hot (GPH) di Hot FM bermula hari ini. Riena atau nama lengkapnya Nur Qamariena Diana Zulreal, dipilih untuk meneraju segmen GPH bersama Mark Adam dan Fizie setiap Isnin hingga Jumaat bermula jam 6 hingga 10 pagi.

Bermula sebagai penyampai jemputan di Hot FM beberapa minggu lepas, kehadiran Riena sebagai penyampai terbaharu di Hot FM pastinya akan memberi pengisian yang lebih segar dan terkini, seiring dengan sasaran pendengar Hot FM yang memfokuskan pendengar berumur 15 hingga 29 tahun. Sedikit latar belakang mengenai Riena, nama beliau sebenarnya bukanlah baru dalam dunia hiburan di Malaysia. Riena memulakan kariernya sebagai seorang pelakon selepas berjaya menjadi salah seorang daripada finalis Drama Festival Kuala Lumpur pada tahun 2017.

Watak Dr.Qadeeja menerusi drama ‘Nur’ telah berjaya melonjakkan nama Riena di pentas lakonan tanah air. Maklum balas positif mengenai karier lakonannya berterusan dengan penglibatan beliau di dalam drama Kampung People, yang telah mencetuskan fenomena luar biasa di kalangan peminat drama tempatan. Watak Laila atau Lailer telah memberikan impak besar terhadap karier beliau terutama sekali kebolehannya untuk membawakan watak komedi. 

Riena Diana Mark Adam Fizie
Riena Diana Lengkapkan Trio Baharu GENG PAGI HOT di Hot FM

Bercakap mengenai kemasukan beliau di dalam keluarga Hot FM, Riena berkata beliau amat teruja untuk mengembangkan bakat dalam bidang penyiaran. “Riena sangat teruja kerana dipilih menjadi sebahagian daripada Hot FM kerana saya ingin sentiasa mencuba sesuatu yang baru dalam karier dan mencabar diri sendiri untuk mencungkil bakat yang ada dalam diri. Sememangnya, kerjaya sebagai penyampai radio ini sangat mencabar tetapi saya ambil peluang ini untuk mendalami ilmu penyiaran radio. Riena ingin buktikan kepada diri sendiri dan juga semua pendengar bahawa saya mempunyai bakat dalam bidang radio dan pengacaraan. Cuma masih banyak yang perlu saya pelajari untuk memastikan kualiti penyampaian itu di tahap yang tertinggi.

Pelakon kecil molek ini juga berkata bidang penyiaran radio merupakan platform yang terbaik untuk mengasah bakatnya sebagai artis yang lebih versatil. “Menerusi radio, suara Riena akan didengari oleh pendengar hampir setiap hari. Ini menjadi pemangkin buat Riena untuk terus memperbaiki kelemahan dan timba ilmu daripada semua pihak terutamanya rakan-rakan penyampai di Hot FM. Kepercayaan daripada para pendengar tidak akan Riena abaikan.”

Riena Diana Mark Adam Fizie
Riena Diana

Menyentuh mengenai karier lakonannya, Riena berkata beliau masih lagi akan aktif berlakon. “Bidang lakonan akan selamanya menjadi nombor satu buat Riena, tetapi untuk masa sekarang fokus akan lebih tertumpu kepada Hot FM sebab masih baru dan banyak lagi ilmu perlu ditimba. Riena masih lagi menerima tawaran berlakon dan alhamdulillah, pihak produksi yang Riena bekerjasama memahami dan masih memberi Riena ruang untuk berlakon. Saya harus bijak membahagikan masa dengan baik supaya jadual bersama Hot FM dan lakonan tidak bertembung. Jadi, apa yang Riena buat sekarang adalah memastikan segala jadual aktiviti seni dirancang awal supaya tidak memberi masalah kepada semua pihak”

Pemilihan Riena Diana sebagai teraju utama Geng Pagi Hot merupakan langkah berani buat Hot FM. Ketua Audiens Melayu, Nik Nor Azura Nik Mahmood berkata trio terbaharu GPH kali ini pastinya akan memberi kelainan serta menyifatkan ia merupakan satu transformasi besar buat Hot FM. 

“Seperti yang kami selalu beritahu, Hot FM sentiasa mencari bakat dan muka baru dalam bidang penyiaran radio. Kami dapat lihat potensi dan komitmen Riena sewaktu dijemput untuk menjadi penyampai jemputan bersama Haziq dan Deen. Penyampaian Riena sangat bersahaja dan tidak kekok walaupun ianya merupakan pertama kali ke udara sebagai penyampai radio. Selama 2 minggu bersiaran sebagai penyampai jemputan, kami juga melihat Riena mempunyai kebolehan untuk berfikir secara kreatif dan spontan untuk mencetuskan perbualan bersama penyampai lain di udara. Riena juga diberi peluang untuk menjalani sesi ujibakat bersama Mark Adam dan Fizie dan daripada sesi itu, keserasian mereka wujud dalam masa yang singkat dan ini menguatkan lagi gandingan mereka bertiga untuk terus hiburkan pendengar pendengar. Kali terakhir penyampai wanita ke udara di segmen pagi di Hot FM adalah ketika bersama Fara Fauzana. Jadi, kehadiran Riena di dalam GPH bakal memberi perubahan yang besar buat kami.”

Azura juga berkata keupayaan serba boleh Riena untuk menarik audiens di platform digital adalah salah satu faktor mengapa Riena Diana menjadi pilihan Hot FM. “Selain daripada penyampaian sewaktu ke udara, impak Riena di platform digital juga memainkan peranan mengapa beliau dipilih untuk menjadi sebahagian daripada keluarga kami. Banyak komen positif yang kami terima di media sosial dan ianya menunjukkan Riena mempunyai ciri-ciri yang membuatkan pendengar senang dengan beliau”

Selain itu, Azura juga memberitahu GPH akan tampil dengan pengisian serba baharu bersama trio Mark Adam, Fizie dan Riena Diana. “Banyak segmen baharu yang kami akan tampilkan antaranya Bro Marky, karektor yang dimainkan oleh Mark Adam yang serba tahu akan cuba untuk menyelesaikan semua persoalan para pendengar dengan jawapan yang mencuit hati dan bersahaja. Selain itu, kami juga ada segmen Jangan Layan, dimana GPH akan menelefon pendengar secara rawak dan uji sama ada mereka layan atau tidak panggilan daripada orang yang tidak dikenali. Menerusi segmen ini, para pendengar dapat berhibur dengan keletah spontan daripada mereka bertiga. Kami juga mengekalkan segmen Goreng Pisang Hot dan English Hot bersama Teacher Fatimah kerana kedua-dua segmen ini mempunyai pengikutnya yang tersendiri, cuma menerusi trio baru ini, pengisiannya akan menjadi lebih segar dan padat”

Riena Diana Mark Adam Fizie
Mark Adam

Para pendengar juga boleh siap siaga dengan mendengarkan Hot FM untuk memenangi wang tunai menerusi Hot Selebriti. Kini wang tunai yang ditawarkan mencecah lebih RM20,000, menanti para pendengar setia Hot FM. Hot Selebriti yang bermula 15 Februari lalu hanya memerlukan pendengar untuk meneka 5 suara selebriti misteri yang dimainkan oleh penyampai di segmen GPH dan Jam Hot. 

Hot FM boleh didengari menerusi frekuensi 97.6FM di Lembah Klang, 88.2FM Alor Setar dan Pulau Pinang; 104.5FM Ipoh; 90.1FM Johor Bahru dan Singapura; 92.4FM Kuantan; 105.1FM Kota Bharu; 87.7FM Kota Kinabalu; 94.3FM Kuching; 104.3FM Melaka; 99.5FM Seremban; 90.5FM Taping; 105.0 Kuala Terengganu.  

Secara alternatif, para pendengar juga boleh mendengar Hot FM secara live streaming di www.hotfm.com.my dan Youtube Hot TV. Untuk perkembangan dan pengisian digital paling hangat, boleh terus ikuti laman sosial Hot FM di Facebook Hot FM, Instagram @hotfm976 dan Twitter @hotfm976 dan Whatsapp 017-302 8822. Hot FM juga boleh didengar menerusi aplikasi Hot FM, yang boleh dimuat turun di Apple App Store, Google Play dan Huawei App Gallery.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bunga Hiasan | 23

Kegiatan Cetak Rompak Masih Berleluasa, Kerugian Dicatat Lebih RM3 Bilion Setahun

Janna Nick | 24

Janna Nick Tersasul Sebut Nama ‘Lisa’ Ketika Promosi Filem SELAMAT HARI TAK JADI di MeleTop