in , ,

Janna Nick Tersasul Sebut Nama ‘Lisa’ Ketika Promosi Filem SELAMAT HARI TAK JADI di MeleTop

Pelakon Janna Nick berdepan insiden melucukan apabila tersalah menyebut nama watak yang dibawakannya dalam filem Selamat Hari Tak Jadi ketika mempromosikannya di rancangan MeleTOP.

Ketika bersiaran langsung, pelakon berkenaan telah menyebut nama ‘Lisa’ iaitu watak yang dibawakannya dalam filem berkenaan.

Bagaimanapun, kesilapan tersebut telah diperbetulkan oleh pelakon Zalif Sidek yang memaklumkan bahawa nama watak Janna dalam filem berkenaan adalah Hani.

“Pembetulan… pembetulan, tadi saya dengar Janna kata Lisa, salah nama dia Hani, bukan Lisa,” ujar Zalif.

Ternyata insiden tersebut hanya membuat pelakon berkenaan hanya mampu ketawa dan sempat dicelah oleh Datuk Aaron Aziz yang turut berlakon dalam filem berkenaan.

Sebelum ini, Janna berhadapan dengan kontroversi bersama peminat Kpop berhubung dengan nama Lisa Blackpink sehingga mencetuskan kemarahan netizen.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Riena Diana Lengkapkan Trio Baharu GENG PAGI HOT di Hot FM

Ayu Damit Tak Kedekut, Akui Belanja RM10,000 Sebulan Semata Mahu Cantik